Kes betul2 berat........''Najib jadikan kita hamba US Federal Reserve''..ahli parlimen raub Ariff Sabri Mohd Aziz jugak mendakwa perjanjian yang ditandatangani membenarkan pengawal selia Rizab Persekutuan Amerika syarikat untuk memantau Bank Negara.
''penjajahan alaf baru....apa lagi rakyat nak...apa lagi melayu umno yang bangang nak...rumah kita dipantau..kampung kita dipantau...negara kita dipantau.....bergembira dan berseronok jer la....puihhhhhh''
TPPA: Perjanjian yang 'lebih berat' dari yang dijangka
Sekretariat Kongres Rakyat sedang meneliti teks akhir TPPA yang kini dikeluarkan pada 5 November 2015 melalui portal Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI).
Dalam penelitian awal kami menemukan pernyataan "lebih berat dari yang dijangka" sebagai respon NGO beberapa negara yang menyertai TPPA, bila teks akhir TPPA didedahkan.
Teks akhir TPPA yang dapat dilihat dalam portal MITI meliputi 30 bab itu masih memerlukan konsultasi publik yang melibatkan pelbagai pihak seperti kumpulan gerakan pengguna, NGO alam sekitar dan hak manusia, badan kesihatan, kesatuan pekerja, pertubuhan agama, dewan perniagaan serta pakar ekonomi.
Kami mengesa supaya teks yang sangat panjang dan mengguna bahasa teknikal undang-undang itu hendaklah dipermudahkan supaya dapat difahami masyarakat umum.
Kerajaan tidak boleh merasa sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan mendedahkan teks itu kerana rakyat hanya diberi masa tiga bulan untuk memahami isi perundingan yang sangat teknikal itu.
Sedangkan perundingan itu sendiri mengambil masa lebih lima tahun untuk disepakati dan dilakukan dalam penuh kerahsiaan.
Bagaimanapun, kami memandang serius terhadap laporan dan komen beberapa pakar di beberapa negara yang menyertai rundingan TPPA, bila mereka melakukan analisis teks akhir TPPA yang didedahkan.
Suatu rumusan nampaknya mereka sepakati terhadap teks itu: TPPA adalah satu perjanjian 12 negara yang lebih parah dari yang dijangka.
Dari maklumat yang bocor sebelum ini, sedikit maklumat diperolehi mengenai perjanjian tersebut.
Namun bila satu bab demi satu bab diteliti, ternyata 500 wakil perdagangan Amerika Syarikat yang mewakli korporat besar telah berjaya menjamin kepentingan mereka diperkukuhkan, akan tetapi kepentingan awam diketepikan.
Wakil korporat besar ternyata mendapat akses dan faedah maksimal dari TPPA , manakala orang awam tidak tahu apa-apa.
Dari isu perubahan cuaca hingga keselamatan makanan , kawalan terhadap internet sehingga akses kepada ubatan, TPPA didapati suatu "malapetaka", kata Nick Dearden dari Global Justice Now.
Malaysiakini.
Apa pembelaan terhadap yang kalah dalam TPPA, soal pemimpin DAP
:
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mempersoalkan pihak mana yang akan kalah dan apakah pampasan akan diberikan kepada pihak berkenaan dalam perjanjian tersebut.
Pada April lalu, ketika lawatan 3 hari Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama ke Malaysia, Najib dilaporkan berkata negara ini percaya kepada perdagangan bebas tetapi turut memahami faedah seperti peningkatan perdagangan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan berkata akan terdapat pihak menang dan kalah dalam proses ini.
"Saya tidak berkata siapa akan kalah dan menang tetapi kerajaan mungkin mengetahuinya. Dan apa pula pampasan diperoleh kepada yang tewas," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Klang hari ini.
Di samping itu, Charles berkata perjanjian tersebut sewajarnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami semua lapisan masyarakat.
Katanya, perjanjian tersebut belum tentu dapat difahami mereka yang memahami bahasa Inggeris kerana perjanjian itu mengandungi terminologi yang sukar (jargon) difahami semua orang.
"Kerajaan perlu menyediakan dokumen tersebut dalam bahasa yang mudah difahami semua orang dan seharusnya disediakan dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Tamil dan Cina," katanya.
Katanya, beliau membangkitkan isu ini kerana kebanyakan ahli perniagaan datang kepadanya mengadu mereka mengalami isu memahami dokumen TPPA dan terpaksa mengupah peguam untuk menjelaskan perkara dalam perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, katanya, dalam hal ini, tidak semua peguam mampu menjelaskan setiap bab yang terkandung dalam perjanjian itu kerana setiap bab memerlukan kepakaran peguam tertentu. – 9 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-pembelaan-terhadap-yang-kalah-dalam-tppa-soal-pemimpin-dap#sthash.GbFnzJ8y.dpuf
No comments:
Post a Comment