Selasa, 17 November 2015
Bunuh Kerani: Polis Tahan Enam Lelaki Warga Nepal Bantu Siasatan
Muar: Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan berjaya menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun untuk membantu menyelesaikan kes siasatan kes bunuh, rogol dan rompak seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap di sini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, menurut beliau sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.
Katanya dipetik laporan Harian Metro, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.
"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Batuvskayu.
Batuvskayu.
Kerani wanita dirogol dan dibunuh, netizen gesa cari jalan penyelesaian
KUALA LUMPUR: Kisah seorang kerani wanita yang dijerut dan kemudiannya dirogol di rumahnya pada Isnin menjadi antara perkongsian paling hangat diperkatakan di laman sosial hari ini.
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita muda itu dan sangat terkejut dan marah dengan kejadian yang disifatkan sebagai sangat kejam itu.
Ramai yang mula mempersoalkan isu keselamatan wanita, khususnya mereka yang tinggal berseorangan.
Ada yang berpendapat situasi jenayah yang menjadi-jadi membuatkan golongan wanita sudah merasa tidak selamat lagi, walaupun ketika berada di dalam rumah sendiri.
Justeru pihak berkuasa diminta mencari jalan agar kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di masa hadapan. Malah ramai juga yang mencadangkan hudud sebagai jalan penyelesaian.
Laporan Berita Harian menyebut wanita tersebut bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah agama.
Dia ditemui mati di rumahnya di Sungai Terap, Muar, dalam keadaan separuh bogel dan barang-barang berharga miliknya didapati hilang.
Laporan itu turut menyebut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, percaya mangsa dirogol dan dibunuh.
Beberapa portal turut melaporkan wanita itu berusia 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 11 bulan.
Penjenayah dilaporkan sudah berada di dalam rumah ketika mangsa pulang dari tempat kerja.
Suami mangsa dikatakan keluar bertugas ketika kejadian.
Suspek kini sedang diburu polis.
BLM
No comments:
Post a Comment