Pages

Saturday, 21 November 2015

PSM, Pas, Amanah, PKR, Dap & NGO lain bersatu BANTAH TPPA...Mana Umno?

Ahad, 22 November 2015
Dipimpin gabungan NGO Bantah TPPA, pengerusinya Mohd Nizam Mahshar berkata, peserta protes mewakili 52 kumpulan yang membantah perjanjian perdagangan dipersetujui 12 negara ahlinya, namun masih belum disahkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 21 November, 2015.

Dipimpin gabungan NGO Bantah TPPA, pengerusinya Mohd Nizam Mahshar berkata, peserta protes mewakili 52 kumpulan yang membantah perjanjian perdagangan dipersetujui 12 negara ahlinya, namun masih belum disahkan.
Nizam berkata, tiada jaminan TPPA akan memanfaatkan negara kerana perjanjian itu akan mengutamakan kepentingan negara asing serta syarikat terlebih dahulu, dan bukan Malaysia.
"Kami tidak menentang pelaburan atau perdagangan, kami mahukan pembangunan tetapi kami yakin TPPA bukan caranya," katanya di luar stesen LRT Ampang Park di Kuala Lumpur.
Turut hadir adalah wakil parti pembangkang seperti Dr Michael Jeyakumar dari PSM, Nor Azli Musa dari PAS, dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah).
Kumpulan itu berarak dari Masjid As Syakirin berdekatan Menara Berkembar Petronas di KLCC ke stesen LRT Ampang Park sambil menyanyi lagu kebangsaan Malaysia dan melaungkan slogan anti TPPA.
"TPPA tidak akan menyelesaikan masalah di negara ini seperti kenaikan kos sara hidup. Ia tidak akan menjamin tadbir urus negara akan menjadi lebih baik," kata Nizam.
"Kami menolak cadangan kepimpinan kami untuk menandatangani TPPA."
Di antara NGO lain yang menyertai perhimpunan hari ini ialah Isma, Perkasa, Abim, dan Kongres Rakyat.
Sebuah NGO Islam, Hizbut Tahrir, mengadakan bantahan berasingan di luar pusat membeli-belah KLCC.
Sementara itu, Jeyakumar menegaskan pelajar akan terjejas dengan TPPA dan menambah buku teks fotokopi akan dianggap sebagai jenayah di bawah TPPA kerana melanggar hak cipta.
"Di bawah TPPA, katakan sebuah kedai memfotokopi buku teks yang mempunyai hak cipta, kerajaan boleh merampas mesin salinan itu dan (pelaku) boleh dikenakan hukuman penjara, semua ini akan memberi kesan kepada pelajar."
Beliau juga melihat ketibaan Obama di Malaysia buat kali ke-2 sebagai tanda untuk memastikan perjanjian perdagangan itu akan dimeterai.
"Beliau menggunakan populariti dan kuasa peribadi. Tetapi, kita perlu melihat gambaran keseluruhannya. Kita inginkan perdagangan tetapi perdagangan mestilah baik untuk rakyat.
"Kita perlukan ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menolak TPPA kerana pembangkang tidak mempunyai majoriti dalam Parlimen."
Perhimpunan hari ini juga membangkitkan kebimbangan mengenai isu ketidaksamaan, kemiskinan dan ketegangan kaum di negara ini yang tidak ditangani TPPA.
Ketua Pemuda Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, Putrajaya perlu mengelakkan daripada menandatangani TPPA atau berdepan akibat pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA atau kita akan tentukan siapa yang akan memerintah negara ini selepas PRU14," kata Irwan. – 21 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-anti-tppa-protes-kecil-dekat-klcc#sthash.lCrP4v8T.dpuf

No comments:

Post a Comment