Pages

Sunday, 1 November 2015

Pecat PAS, atau DAP keluar Selangor, pewakilan beri AMARAN kepada Azmin!

Ahad, 1 November 2015
Seorang perwakilan DAP mencadangkan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri.
Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.
Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015. 

Pecat PAS, atau DAP keluar Selangor, pewakilan beri amaran kepada Azmin

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.
"Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut," katanya semasa sesi bahas dalam Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya hari ini.
Chiong bagaimanapun berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera.‎ – 1 November, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pecat-pas-atau-dap-keluar-selangor-pewakilan-beri-amaran-kepada-azmin#sthash.p8WRx2kx.dpuf

No comments:

Post a Comment