Pages

Friday, 6 November 2015

Tun M enggan jawab soalan polis! “Tiada apa...dia menyoal, saya enggan menjawab,”

Sabtu, 7 November 2015
Tun M enggan jawab soalan polis


Sepasukan polis daripada Bukit Aman dilapor mengambil masa 45 minit menyiasat bekas Perdana Menteri.

mahathir_polis_600
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Reaksi itu diberikan selepas beliau disoal siasat sekumpulan pegawai penyiasat daripada Bukit Aman.
Ketika ditanya mengenainya, beliau yang enggan mengulas lanjut memberikan jawapan ringkas
“ Tiada apa, tiada apa…dia menyoal, saya enggan menjawab,” katanya.
Terdahulu, anggota berkenaan dilaporkan mengambil masa lebih 45 minit untuk menyoal siasat beliau.
Sementara itu, peguamnya Haniff Khatri Abdulla mengesahkan, siasatan bermula jam 11 pagi tadi.
Dalam maklum balas yang sama ketika ditanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Dr Mahathir berkata, beliau akan terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Saya akan cakap apa yang perlu saya cakap,” jawapnya ringkas.

No comments:

Post a Comment