Pages

Wednesday, 4 November 2015

[Video] Lagu Derma RM2.6 bilion Najib raih perhatian media sosial...Aaron Siva berkata: “Indah sampai buat saya mahu menangis.”

Khamis, 5 November 2015


Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang ciptaan Amirudin Hizadin kini menjadi viral di laman sosial. – Gambar Facebook, 5 November, 2015.
Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang ciptaan Amirudin Hizadin kini menjadi viral di laman sosial.  Gambar Facebook, 5 November, 2015.

Lagu derma RM2.6 bilion Najib raih perhatian media sosial 

Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin, merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, sebagai “bintang hilang” yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan dan kegelapan.
Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000 tontonan.
“Mana Hilangnya 2.6 Bintang” ialah sebuah lagu mengisahkan seorang pemuda tertekan hidupnya dalam sebuah negara pada zaman pemerintahan yang gelap,” kata Amirudin menerangkan kisah di sebalik lagu yang ditulisnya.
Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia, termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak, elektrik dan makanan yang semakin meningkat.
Beliau juga menyentuh tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai inisiatif kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran kehidupan harian rakyat.
Walaupun lirik lagu itu tidak menyebut nama Najib, wujud rujukan terselindung kepada skandal berlanjutan perdana menteri itu yang menyebabkan timbul desakan untuk beliau meletak jawatan, mencetuskan kekecohan, berdasarkan komentar yang diberikan.
“Alangkah indahnya kalau Najib tidak ada… bintang pun kembali terang,” kata Ant Man di akaun Facebook Sukan Star TV, di mana video lagu itu dikongsi.
Azimah Zainul menambah:“Sedihnya lagu ini, macam ada kena mengena dengan hidup saya… T_T.”
Rini Reney berkata:“Bagus lagu ini… dalam kita troll, inilah realiti isi hati rakyat Malaysia…”
Di Youtube, Aaron Siva berkata:“Indah sampai buat saya mahu menangis.”
Najib berdepan kritikan paling lantang sepanjang kerjaya politiknya berikutan pendedahan derma RM2.6 bilion itu serta skandal cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan perkara itu pada Julai berkata, sumber dana itu tidak diketahui, tetapi wujud pergerakan wang melalui pelbagai entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai jumlah, terbesar – AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei tahun sama. – 5 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lagu-derma-rm2.6-bilion-najib-raih-perhatian-media-sosial#sthash.pF8LOy6v.dpuf



No comments:

Post a Comment