Pages

Thursday, 5 November 2015

[Video] 'PENGKHIANATAN' Hadi yang sangat melampau...Husam dedah Hadi ajak Azmin sertai Pas!

Jumaat, 6 November 2015

PANAS | Husam dedah Hj. Hadi ajak Azmin sertaii Pas untuk bentuk Kerajaan bersama Umno di Selangor.

PENDEDAHAN PANAS HUSAM MUSA ~ 05.11.2015

Pendedahan terbuka Husam yang mendakwa Hj Hadi mengajak Azmin menyertai Pas untuk membentuk Kerajaan bersama Umno di Selangor.

FAKTA KRONOLOGI ISU MENTERI BESAR SELANGOR 2014

Azmin hanya perlu membawa 3 atau 4 ADUN PKR untuk menyokong Pas dan sebagai balasannya Azmin akan di lantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas 6 bulan Tan Sri Khalid memangku jawatan.

Tarikh pertemuan Hj Hadi dengan Azmin berlangsung pada 20.8.2014. Ini di akui sendiri oleh Hj Hadi ketika mempengerusikan Mesyuarat 'Ulangan' Siapa Calon MB Selangor di Pas Pusat pada 25.08.14.


Azmin akhirnya membocorkan maklumat tersebut kepada Anwar Ibrahim apabila pertemuan beliau dan Hj Hadi di ketahui ramai. Jelasnya ini adalah suatu 'PENGKHIANATAN' Hj Hadi yang sangat melampau kepada Pakatan Rakyat.

Walhalnya, 3 hari sebelum itu, pada 17.08.14, Hj Hadi sendiri telah memutuskan nama Wan Azizah dan Azmin sebagai calon PKR untuk jawatan Menteri Besar Selangor di dalam mesyuarat Pas Pusat yang juga di pengerusikan sendiri oleh Hj Hadi.

Semalam ketika ceramah Husam Musa bersama Saifuddin Nasution dan Ust Baihaqi di Pasar Mulong, Kelantan, beliau telah mendedahkan salah laku Hj Hadi berhubung krisis Menteri Besar Selangor yang cuba memujuk Azmin untuk menyertai Pas agar dapat menubuhkan Kerajaan Campuran bersama UMNO.

SEJARAH TETAP TIDAK BERUBAH. FAKTA IALAH KEJADIAN BENAR YANG BERLAKU.

Admin
~ Ustaz Ahmad Awang Supporters

No comments:

Post a Comment