Pages

Thursday, 12 November 2015

Wanita Umno menggunakan dana YaPEIM RM223,000 untuk kempen PRK Rompin? "Namun 'tiada bukti' program tersebut dilaksanakan di sana", kata Pengarah NOW

Jumaat, 13 November 2015


Wanita Umno menggunakan dana Yapeim untuk kempen PRK Rompin?


prk-rompin
Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mempersoalkan penggunaan dana sebuah yayasan berkaitan kerajaan berjumlah RM223,000 untuk aktiviti semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 24 April lalu.
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang tersebut sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei 2015.
“Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar individu menerima RM223,000 daripada (sebuah) yayasan untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?
“Jika ia, apakah bentuk program yang dijalankan ketika PRK Rompin? Apakah bukti program tersebut dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan?,” soal Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Akmal melalui pemeriksaan beliau, tiada sebarang aktiviti melibatkan yayasan tersebut diadakan di Rompin.
“Jika tiada program ke mana wang tersebut pergi. Kita minta sebagai yayasan yang dipertanggungjawab di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kalau tidak pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil menjawab soalan saya,”
“Isu di sini yang kita bangkitkan. Satu salah laku wang tersebut. Kalau program dilaksanakan dan kalau program menguntungkan calon untuk menang agak payah kerana undang-undang kempen PRU (RM200,000) seorang calon adalah had maksimum.
Jelasnya, jika perkara ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya yang menyumbang kepada yayasan ini kecewa kerana wang derma mereka disalahgunakan.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahgunakan dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.
Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.
Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber.

No comments:

Post a Comment