Pages

Sunday, 6 December 2015

Ahli Parlimen Ponteng...Elok la tu! SEHATI SEJIWA? 'Bila terjerat, ke2nya akan kata salah DAP'. Heh heh!

Isnin, 7 Disember 2015

Ahli Parlimen Ponteng ... Oleh Maszlee Malik


Media sosial milik rakyat Malaysia nampaknya sibuk dengan kehilangan dua wajah utama yang menjadi tumpuan menjelang berakhirnya sidang parlimen pada malam 3 Disember 2015, DS Najib Razak dan juga DS Hadi Awang.

DS Najib diselar kerana tidak hadir untuk menjawab persoalan derma 2.6b, manakala DS Hadi pula berkaitan Hudud private bill yang dijanjikan untuk dibentangkan sehingga membawa kepada runtuhnya Pakatan Rakyat (PR).

Mereka berdua tidak bersendirian di dalam kehilangan dari parlimen ketika diharapkan. Ramai lagi wajah-wajah ahli-ahli parlimen lain dan para menteri juga hilang ketika berlaku pengundian-pengundian penting ataupun perbahasan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat teramai.

Sudah sampai waktunya rakyat Malaysia didedahkan dengan pencapaian ahli parlimen-ahli parlimen yang telah mereka lewat PRU. Sudah sampai waktunya para ahli parlimen diadili oleh para pengundi melalui pencapaian mereka di parlimen. Sudah sampai juga rakyat Malaysia dididik untuk memilih pemimpin berdasarkan kualiti, kompetensi, sikap bertanggungjawab dan juga pencapaianan mereka.

Logiknya, apabila rakyat teramai telah berikan undi kepada mereka untuk makan gaji, menikmati elaun dan juga menduduki kerusi parlimen sebagai wakil rakyat mereka di Dewan Rakyat di atas dasar kepercayaan untuk membawa suara rakyat, maka, mereka perlu bersikap bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan oleh para pengundi.

Maka, dicadangkan agar pihak parlimen, ataupun mana-mana parti politik, ataupun NGO untuk menyediakan portal 'ketelusan' dan laporan ahli parlimen. Paparkan kehadiran dan penyertaan di dalam setiap perbahasan semua ahli parlimen. Ianya akan menjadi panduan untuk rakyat menilai pencapaian dan komitmen wakil-wakil rakyat yang telah mereka pilih di dalam pilihanraya.

Maka, bagi sesiapa yang tidak ponteng, rajin terlibat di dalam perbahasan dan juga komited dengan tugas sebagai ahli parlimen, mereka berhak diundi semula. Sebaliknya jika mereka culas, ponteng ataupun sekadar menjadi tunggul di parlimen, biarlah para pengundi menilai mereka. Inisiatif seperti ini lebih menepati konsep amanah dan keadilan yang diangkat oleh Islam. Manakala di dalam ruang tatakelola (Good Governance) pula, ia termasuk di dalam ruang transparency (ketelusan) dan juga accountability (akauntabiliti)).

Waktunya sudah tiba untuk rakyat menjadi lebih matang di dalam membuat penilaian dan bukan sekadar ditipu dengan kehadiran di kenduri-kendara ataupun janji-janji manis lewat ceramah-ceramah politik, atau juga wang-wang dan derma-derma yang dihamburkan, mahupun ancaman syurga dan neraka. Biarlah setiap penilaian yang dibuat oleh rakyat disertai dengan bukti, ilmu dan juga sandaran kukuh.

Rakyat Malaysia berhak dihargai akal dan juga dhamir mereka. Selaras dengan era globalisasi, rakyat perlu dimatangkan dan disedarkan tentang kuasa sebenar mereka di dalam mencorakkan politik negara, dan bukan sekadar menjadi alat untuk para politikus mendapatkan kuasa dan kerusi. Ucapkan selamat tinggal kepada politik lama kepada politik baru!

Persoalannya, dengan lulusnya Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015, apakah ruang demokrasi dan politik baru masih ada di Malaysia ini?

Comments (2)

0
pasno's avatar
pasno· 6 hours ago
Elok la tu!! SEHATI SEJIWA, Sorang pakai songkok,sorang lagi pakai serban,KE2nya,CAKAP TAK SERUPA BIKIN, PONTENG AJE KERJANYA.yg pakai serban asyik kena TIPU oleh yg pakai songkok,yg pkai songkok kena tipu oleh amerika.Bila terjerat,ke2nya akan kata salah DAP.
1 reply · active 2 hours ago
0
salam's avatar
salam· 2 hours ago
pa punya la depa nie? kan baik ko korang selesai masalah 1malaya nie drp ko buat bende yang x semengah tu? hantar waki pun dah cukup bagi majlis x semengah tu.. baik ko dok ada dlm 1malaya psl 1malaya dah nak mampus.. 

apa punya ptuii punya pemimpin cam nie dah? paraok...jadi nya 1malaya ..bila nak tergolek dah?


Posted by Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment