Asri: Isu khalwat marah, kepentingan awam tidak
Mufti Perlis menyindir pihak yang mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan sekumpulan Melayu ternama (G25) dalam isu penguatkuasaan undang-undang syariah.
Tanpa menyebut kesnya secara jelas, Datuk Dr Asri Zainul Abidin membangkitkan isu berkaitan kepentingan awam apabila terdapat pihak menyebut dokumen penting tidak boleh didedahkan.
“Akaun peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan.
“Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini,” katanya.
Beliau dipercayai merujuk kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebuah lagi kontroversi apabila seorang pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (Sosma) selepas membuat laporan polis berkaitan isu 1MDB di pelbagai negara.
“Mungkinkah atas alasan bersangka baik dalam harta awam tapi tidak dalam hal peribadi rakyat yang lemah?
“Ramai orang agama marah bila pengintip khalwat diganggu tapi tidak menzahirkan marah apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan,” tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau mungkin merujuk kepada pemindahan keluar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kontroversi sekitar isu 1MDB.
Kelmarin, G25 menuntut sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah.
Ia dilaporkan termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang menurut mereka melanggar hak kebebasan dan privasi individu seseorang seperti termaktub dalam perlembagaan.
Ketika kecoh isu gesaan pemansuhan hukuman pada pesalah khalwat di rumah, Asri tampil mengingatkan berhubung larangan mengintip kesalahan orang lain.
Pandangan Asri itu dilihat bertentangan dengan seorang lagi mufti kanan Tan Sri Dr Harussani Zakaria daripada Perak yang menyarankan G25 bertaubat kerana cadangan mereka boleh membawa kepada murtad.
Kemas kini pentadbiran agama
Sementara itu, Asri juga mempertikaikan pendirian “tokoh agama itu” yang didakwanya berdiam diri terhadap masalah rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi.
“Bahkan ada yang sekadar menyebut 'jangan pertikai, bersyukur dengan keadaan yang ada'.
“Bimbang nanti ramai akan bertanya; apakah sebenarnya hakikat Islam itu?” sindirnya lagi.
Sementara itu, mengulas gesaan G25, beliau berkata walaupun tidak bersetuju dengan reaksi beberapa tokoh agama dalam isu itu, “namun kemas kini urusan pentadbiran agama masih perlu dilakukan. ”
“Isu privasi dan dosa peribadi itu ada asas perbincangannya dalam syarak, namun semua pihak hendaklah memahaminya dengan betul.
“Tidaklah boleh kita bersetuju dengan kenyataan 'salah seorang' yang menyebut minum arak itu sesuatu yang tidak wajar dipertikaikan seperti 'zaman-zaman' dahulu,” katanya.
Asri terkenal sebagai seorang ulama yang berterus terang dalam pelbagai isu, termasuk perkembangan politik dan ekonomi dalam negara.
AGAK MENARIK
Agak menarik dengan reaksi tegas tokoh-tokoh agama terhadap kenyataan G25. Walaupun saya sendiri tidak setuju dengan beberapa kenyataan kumpulan berkenaan, namun kemaskini urusan pentadbiran agama masih perlu dilakukan. Isu privacy dan dosa peribadi itu ada asas perbincangannya dalam syarak, namun semua pihak hendaklah memahaminya dengan betul. Tidaklah boleh kita bersetuju dengan kenyataan 'salah seorang' yang menyebut minum arak itu sesuatu yang tidak wajar dipertikaikan seperti 'zaman-zaman' dahulu.
Namun, apa yang lebih menarik lagi ialah tidak kelihatan reaksi tegas tokoh-tokoh agama ketika ada pihak menyebut dokumen-dokumen penting sekalipun ada membabitkan kepentingan awam tidak boleh didedahkan. Account peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini.
Mungkinkah atas alasan bersangka baik dalam harta awam tapi tidak dalam hal peribadi rakyat yang lemah?!
Ramai orang agama marah bila pengintip khalwat diganggu tapi tidak menzahirkan marah apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.
Lebih menarik lagi, ramai tokoh agama itu tidak kedengaran suara mereka ketika rakyat dihimpit kenaikan harga dan kos sara hidup yang tinggi. Bahkan ada yang sekadar menyebut 'jangan pertikai, bersyukur dengan keadaan yang ada.
Bimbang nanti ramai akan bertanya; apakah sebenarnya hakikat Islam itu?!
Malaysiakini.
Mufti minta G25 bertaubat
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyarankan agar tokoh profesional Melayu yang membentuk kumpulan G25 bertaubat kerana cadangan mereka untuk meminda atau memansuhkan undang-undang antikhalwat boleh membawa kepada murtad.
Tegas Harussani lagi, selain bertentangan dengan perlembagaan, tindakan G25 itu merupakan ancaman kepada umat Islam.
Menurutnya, jika G25 berpendapat perbuatan khalwat adalah hak asasi manusia, hujah yang sama boleh digunakan untuk kesalahan lain seperti mencuri atau membunuh.
“Pada saya gerakan ini (G25) kelihatan seperti kumpulan orang putus asa, mungkin kerana mereka tidak diberi kesempatan atau peluang selepas pencen, sebab itu cari jalan ini.
“Saya minta kumpulan ini bertaubatlah dan buat kerja amal yang lebih baik daripada rosakkan agama, pecah-belahkan umat Islam. Lebih baik mereka buat persatuan menggunakan kebijaksanaan untuk membantu perkara-perkara yang membangunkan umat. Janganlah kita terbawa-bawa dengan budaya Barat,” kata laporUtusan Malaysia.
Mk.
gitulah zaman sekarang ni,, yg duduk posisi agama pun kalau perkara berhubung dgn pemerintah semua telur hilang
ReplyDeletekalau kita cakap mereka itu ahli agama peserta neraka tentu mereka marah tapi apa yg mereka kerjakan memang perkara seperti itu... hampeh