POLITIKING BODOH MUNCUL LAGI - PAN & PAS sudah nak jadi bingai macam Donald Trump
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ada mangkok PAS angkat gambar Dr Mariah pegang tangan lelaki, kononnya memegang tangan bukan mahram. Geng PAN bagai mendapat bom pelancar roket, memviralkan kemangkokan tersebut bahawa itu adalah suami Dr Mariah.
2) Bergalak sakan geng PAN melaukkan mamat PAS tersebut, bagaikan pesta. Dari macai, sampai pemimpin besar-besar PAN, rasa mcm heaven giler dapat bantai mamat PAS tu. Haa...padanlah muka kan, sapa suruh cuba buat fitnah.
3) Ada mangkok DAP mau atlet Israel tidak disekat masuk negara kita. Katanya sukan tak boleh campur dengan politik. Mangkok tersebut marahkan KJ. Mangkok itu ingat dengan marahkan KJ Umno, akan dapat sokongan geng PAN.
4) Dalam isu ini, ada sebilangan orang PAS galak membantai PAN. Kononnya PAN akan tunduk kepada DAP. Kononnya, "hah... apa PAN nak kata dengan DAP yang menyokong Israel". Mamat-mamat PAS rasa macam heaven pula boleh troll PAN dalam isu ini.
5) Rupanya PAN tak mau ambil pot menyokong DAP untuk marahkan KJ. PAN masih waras dalam isu yang berkaitan dengan Israel. Hanya wakil DAP itu sahaja bodoh kerana tidak memahami isu. Isunya bukan isu sukan, mahupun isu politik. Isunya adalah isu kemanusiaan, melampaui sukan dan politik. Noob.
6) Level politiking umat Malaysia masih dalam tahap rendah walaupun sudah lama merdeka. Lebih-lebih lagi parti politik yang mendakwa berteraskan Islam - PAS dan PAN.
7) Sepatutnya korang sudah debate bab maqasid syar'iyyah halatuju korang masing-masing. PAS perlu bahas dan bentang apa untung ruginya langkah politik mereka untuk menasihati dan berlembut denga Umno. PAN perlu bahas dan bentang apa untung ruginya langkah politik mereka yang mahu terus bersama DAP dan Pakatan Harapan.
8 ) Maksudnya, walaupun bertaraf macai, level debate dan ketengah isu adalah level perbahasan untung rugi strategi masing-masing. Tetapi apa yang berlaku adalah galak dengan isu peluk amoi, peluk ibrahim ali, sedondon, pegang tangan suami, dan segala jenis isu kepala bana yang lain.
9) Ok, bye.
Sekian.
p/s: Jangan jadi bingai macam Donald Trump sudah laa...
KDL.
No comments:
Post a Comment