Doa Mufti Perlis untuk Muhyiddin?
Mohd Asri memuatnaik gambar bersama Muhyiddin Yassin di Facebook bersama doa dan kata-kata hikmah.
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mendoakan agar Allah memelihara niat pemimpin-pemimpin yang ikhlas untuk negara dan rakyat.
Katanya, dalam sejarah, kebenaran sentiasa menuntut harganya kerana bagi kebenaran itu ada pahala yang besar.
“Seseorang tidak boleh dianggap pejuang kebenaran sehinggalah dia berkorban dan terkorban untuk kebenaran.
“Kebatilan sejauh mana pun ia dihiasi, ia akan lebur pada suatu masa nanti dan akan menerima balasannya dari Tuhan Yang Maha Adil,” tulisnya di Facebook yang turut memuatnaik gambarnya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun tidak menyebut nama, doa beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kedua-duanya bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dipercayai untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah jenazah almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.
No comments:
Post a Comment