Pages

Monday, 21 December 2015

Innalillahiwainnailaihirajiun. Tayar lori BAUKSIT telah 'membunuh' guru wanita SK Balok Kuantan...Alfatihah

Selasa, 22 Disember 2015

21/12/2015 ISNIN.
Pahang - Makluman kemalangan maut berlaku sebentar tadi di jalan bypass Kuantan. Tayar lori bauksit tercabut dan terpelanting ke arah kereta yg datang arah bertentangan. Seorang penumpang wanita kereta tersebut maut ditempat kejadian. Mangsa adalah guru di SK Balok Kuantan..
Alfatihah...
***seseorang yg punya jati diri tidak akan peduli samada dia berseorangan dan di pinggirkan akan terus berpegang dgn apa yg dirasakannya benar..tidak peduli samada yg di lawan itu adalah musuh atau kawan yg dirasakan membuat kesalahan...dia mungkin kalah dlm perjuangan tp menang dlm harga diri....
Pada kadar RM7 hingga RM9 bagi setiap tan tanah, ramai penduduk kampung yang tanah mereka diintai pelombong bauksit di Kuantan, Pahang, menjebakkan diri semata-mata untuk memperoleh sedikit keuntungan dalam kegilaan terbaharu melombong bijih besi yang sangat dimahukan industri aluminium China.
Tetapi bukan Mohd Saidi Abdul Samad, suara tunggal di kampungnya yang lantang bersuara menentang aktiviti perlombongan.
“Sekiranya ayah saya sendiri yang menjual tanahnya kepada pelombong bauksit saya tetap akan menentangnya. Mereka tidak tahu apakah kesan aktiviti ini kepada alam sekitar kita. Saya bukan orang kaya atau berpendidikan tinggi tetapi saya tahu yang (perlombongan) jika tidak dikawal akan menjadi bom jangka,” Saidi memberitahu The Malaysian Insider sewaktu lawatan ke kawasan perlombongan bauksit di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia itu.

1 comment: