Gentleman?
Jib, Lu Lebeh Pada
GENTEL Man,
Klau Lu Betul Gentleman, Naper Tak Kasi TSMY Berucap?
Jib, Lu Lebeh Pada
GENTEL Man,
Klau Lu Betul Gentleman, Naper Tak Kasi TSMY Berucap?
Wakil media daripada The Malaysian Insider dan Malaysiakini tidak dibenarkan berada di bangunan PWTC bagi membuat liputan Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan berakhir hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Disember, 2015.
Dua individu berbaju Melayu dengan memakai tag "Urusetia" bersama-sama 2 anggota keselamatan PWTC mengarahkan wartawan 2 portal itu meninggalkan bangunan berkenaan sekitar 10 pagi tadi.
Ketika ditanya alasan tindakan berkenaan diambil, salah seorang daripada mereka berkata itu adalah arahan yang diberikan pihak atasan Umno.
Lelaki berkenaan juga meminta pasukan keselamatan PWTC mengiringi wartawan-wartawan berkenaan keluar dengan baik.
Sebelum itu, kelihatan seorang lelaki berbaju Melayu turut mengambil gambar wartawan yang sedang duduk di tepi ruang legar bangunan PWTC. – 12 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wartawan-the-malaysian-insider-malaysiakini-diarah-keluar-pwtc#sthash.7m0y5rsM.dpufMalaysiakini diusir dari PWTC
Wartawan Malaysiakini dihalau dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, didakwa atas arahan sekretariat Umno.
Turut diusir adalah petugas portal The Malaysian Insider.
Wartawan Malaysiakini sedang duduk di lobi PWTC apabila seorang petugas sekretariat Umno meminta mereka memperkenalkan diri.
Apabila mendapati wartawan terbabit adalah kakitangan Malaysiakini individu terbabit mengarahkan mereka beredar dari situ.
"Minta maaf, ini adalah arahan pihak atasan. Kamu tak boleh berada di bangunan ini," katanya.
Turut bersama lelaki terbabit adalah seorang lagi pegawai sekretariat dan tiga pengawal keselamatan.
Mk.
No comments:
Post a Comment