Pages

Wednesday, 30 December 2015

[Video] Polis sahkan rakaman perbualan telefon remaja perempuan diculik..."Ramai lagi ditahan di dalam gudang".

Khamis, 31 Disember 2015

Video: Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan penyebaran audio perbualan seorang budak perempuan yang merintih minta diselamatkan selepas dipercayai diculik.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik salah seorang ahli keluarga mangsa, Nor Amira Atirah Abdul Majid, 14, dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, petang semalam.
Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, diorang nak jual aku.
Dia tutup mulut aku dengan kain, lepas tu aku dah tak ingat apa-apa, lepas tu dah nak sampai tu aku nampak signboard Johor Bahru,” ujar Nor Amira dalam nada ketakutan.
Mangsa dikatakan hanya sempat memberitahu demikian ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan terputus.
Berdasarkan rakaman perbualan, mangsa mendedahkan dia telah diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.
Selepas tersedar mangsa hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru .
Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, sebaliknu mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan, dipercayai untuk dijual.
Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.
Dalam pada itu pihak polis dikatakan sedang mengumpul maklumat tentang perkara ini msebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

*Update: Setakat jam 4.30 petang tadi, tinjauan Mynewshub di Facebook ibu Amira Atirah (Asmah Majid) memaklumkan, anaknya itu masih belum ditemui. #prayforamirahatirah

Oleh: Ieamyrul Haziq Ehsan


Polis sahkan rakaman perbualan telefon remaja perempuan diculik
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat bagaimanapun meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu berikutan ia boleh menggugat keselamatan remaja perempuan berkenaan.
Beliau berkata polis ada menerima laporan dibuat ibu remaja itu mengenai kehilangannya pada jam 8.20 malam, Isnin lepas selepas menyedari ketiadaan anaknya sejak Ahad.
"Remaja itu dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pukul 2.30 petang Ahad lepas namun pada peringkat awal, beliau masih boleh dihubungi ibunya menerusi telefon bimbit dan memaklumkan dia keluar untuk berjumpa rakannya.
"Siasatan awal mendapati, pada hari yang sama (Ahad), adik remaja itu mengatakan ada melihat kakaknya bersama seorang lelaki, dipercayai teman lelaki mangsa kira-kira pukul 7 malam di sebuah kedai makananan laut di Tanjung Harapan, Klang," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.
Samah berkata siasatan lanjut menunjukkan remaja perempuan itu tidak mempunyai masalah serius dengan anggota keluarganya namun sering keluar untuk berjumpa rakannya dan pernah beberapa kali pulang ke rumah lewat.
Bagaimanapun semalam, ibu remaja itu menerima satu panggilan telefon daripada anaknya kira-kira 7.30 malam yang menyatakan dia dilarikan 2 lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, kata Abdul Samah.               
Kata ketua polis itu lagi, remaja berkenaan juga memberitahu ibunya yang dia dibawa ke sebuah gudang menaiki sebuah van berwarna putih.
"Berikutan itu, satu pasukan penyiasat ditubuhkan bagi menjejaki lokasi remaja tersebut dan operasi mengesan mangsa sedang giat dijalankan. Kes ini diklasifikasikan sebagai culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta segera menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150 bagi membantu siasatan.
Satu rakaman perbualan telefon remaja itu selama 3 minit 43 saat dimuat naik di laman sosial dipercayai dilakukan ahli keluarganya sebagai langkah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
Menerusi rakaman itu, remaja perempuan berkenaan menangis dan merayu supaya anggota keluarganya segera menyelamatkannya dan menyatakan ramai lagi individu lain turut ditahan di dalam gudang berkenaan serta mendakwa penculik akan menjual mereka.
Menurut remaja itu lagi, beberapa lelaki dari sebuah van putih menculiknya ketika dalam perjalanan pulang dan papan tanda terakhir yang dilihatnya sebelum ditutup mulut menggunakan kain adalah Johor Baru. – Bernama, 30 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-sahkan-rakaman-perbualan-telefon-remaja-perempuan-diculik#sthash.v9wFuz94.dpuf

No comments:

Post a Comment