Pages

Monday, 18 January 2016

AMBIL PENGAJARAN buat Nasrudin At Tantawi...Tarik balik FITNAHNYA ke atas Guan Eng, DAP & Pakatan "Diperintah bayar RM10,000".

Isnin, 18 Januari 2016

NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI, AMBIL PENGAJARAN.

Buat Nasrudin Hassan At Tantawi,

Ketua Menteri Pulau Pinang sejak awal-awal lagi tegur kenyataan kamu itu salah, silap, minta tarik balik, sebab ia melibatkan maruah dan FITNAH yg besar buat LGE, buat DAP, dan buat Pakatan.

Tapi kamu sebut, kalau salah, then saman, bawa ke court. Selepas itu lama LGE dan DAP mendiamkan diri, tak sampai mungkin utk saman dalam kes itu. Tapi bertubi-tubi pula kamu dan pengikut mencabar LGE utk saman, jangan diamkan diri sahaja. Tidak sedikitpun kamu rasa bersalah melakukan fitnah sedemikian.

Dalam politik Islam, neraca sebenarnya bukan hanya mahkamah, polis, atau SPRM, atau hukuman dunia semata.

Neracanya adalah"takutkan Allah".

Menyebar sesuatu yg "belum ditabayyun" adalah satu yg Rasulullah sebut sebagai "pendusta" (penfitnah), dan pelakunya menerima dosa yg berjariah selamanya. Semua itu kamu tahu, tapi apakahkamu buang semua itu hanay kerana kebencian kamu apda DAP dan LGE?

Natijahnya,
Kesalahan peribadi yg kamu lakukan itu, habis segala parti, segala pengikut, segala tulisan kamu arahkan utk serang seseorg yg kamu tak suka itu. Sampai kamu viralkan bermacam tulisan dan printscreen demi utk menyeru segala macam ahli bawahan bersolidariti bersama kamu berlawan musuh kamu itu.

Allah sebut;
Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu, mendorong kamu untuk berlaku tidak adilkepad amereka. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[ Al-Maidah : 8 ]

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment