Pages

Friday, 1 January 2016

Jangan Terus Biarkan Tikus Membaiki Labu...

Jumaat, 1 Januari 2016

Kahkahkah

Apa lg ko nk jual jib...? Beg cincin x nak jual?

AMANAH@2016 : Jangan Terus Biarkan Tikus Membaiki Labu

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr. wb.


Semoga seluruh rakyat Malaysia menyambut tahun baru 2016 dengan satu azam dan tekad untuk tidak lagi membiarkan "Tikus Membaiki Labu".
Pepatah Melayu, tikus membaiki labu adalah satu pepatah yang menggambar keadaan tikus-tikus kelihatan sedang bertungkus lumus seolah-olah sedang membaiki labu, tetapi sebenarnya sedang memenuhkan perut masing-masing dengan isi labu yang manis dan seterusnya merosak buah labu tersebut.

Inilah gambaran yang berlaku dalam pengurusan politik, ekonomi, budaya, pembangunan, pentadbiran, sukan, hiburan, tabung awam, keselamatan dan berbagai segmen yang membina Malaysia yang tercinta ini akibat terus di biarkan tikus-tikus biru putih berlogo dacing  yang kononnya cuba membaiki Malaysia sebaliknya telah merosakkannya secara total.

Kami dari Parti Amanah Negara (AMANAH) sebuah parti baru namun dipimpin oleh mereka yang senior dalam.politik serta pengurusan menyeru agar seluruh rakyat peka dan sedar bahawa negara sekarang diurus oleh mereka yang diibaratkan sebagai tikus yang mengaku membaiki negara ini, 
namun keadaan negara semakin teruk dan yang paling terjejas ialah rakyat terbanyak sedang menteri, isteri-isteri dan sanak saudara serta kroni mereka semakin montel melahap khazanah negara tanpa segan silu.

Jika ditegur atau dikritik, maka akan adalah juak lama dan baru mereka akan memainkan sentimen agama, bangsa dan kedaulatan negara demi membolehkan mereka meneruskan keserakahan yang tidak kunjung padam.

Semoga tahun 2016 akan benar-benar memberi kesedaran dan keazaman kepada majoriti rakyat untuk menghalau tikus-tikus biru putih dari terus merosakkan negara Malaysia yang tercinta ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016

Datuk Dr. Ismail Salleh
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH)
Negeri Kedah.
1 Januari 2016

No comments:

Post a Comment