Lambat Hadir Ke Sekolah Kerana Bergilir Pakaian & Beg Sekolah Dengan Abangnya..Huh Sedih!
January 6th, 2016 | by Wan
Jika sebelum ini kami pernah berkongsi tentang kisah seorang murid yang hanya mampu membawa sebuah buku ke sekolak kerana beg koyak teruk, kali ini berbeza situasi namun masih menyentuh hati.
Setelah diselidik, murid ini bukan sahaja susah malah terpaksa berkongsi pakaian sekolah dan beg sekolah dengan abangnya. Mereka bergilir-gilir. Ya Allah sedihnya.
Menurut maklumat awal yang diterima, murid ini berada di tingkatan 1 dan baru melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Tambahnya gurunya lagi, murid ini memang datang dari keluarga yang susah. Hari ketiga baru dapat lapor diri sebab bergilir pakaian.
Sumber : Shafawi DanishAllahuakbar… ni bukan kat pendalam cerita ni tengah bandar..adik ni baru lapor diri sekolah hari ni…tingkatan satu..selidik punya selidik pasai apa lambat lapor diri.. rupanya mangsa kes penceraian..ibu xkeje… dua hari lepas abg dia tingkatan 4 datang sekolah dulu sebab nak tau kelas… hari ni abg xdatang sekolah sebab beg, baju dan seluar dia pakai nak datang sekolah…sorg2 mai lapor diri…mai sekolah pun duit dari jiran yang bagi…nangis la pulak…
Viral pelajar lambat daftar, Ibu nafi anak kongsi pakaian sekolah
Ibu tunggal Fadzilah Hashim, 45, menunjukkan berita mengenai anaknya yang telah di viralkan menerusi laman sosial hari ini. - Foto Bernama |
Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.
"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa hari ini.
Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan hari ini kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral hari ini.
Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.
Fadilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.
"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.
Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.
"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment