Tengok la anak ni wahai menteri x dak wawasan.. ni la akibat mak bapak buat dua keja.. nk cari duit bg kat menteri..makan² kat hotel.. p shopping kat oversea..!
~Kenapa Najib
HEBAT & CILIK Najib ni...
Najib rela disiasat SPRM,
SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri..
SPRM kata hasil siasatan diserah kpd Peguam Negara,
Peguam Negara dilantik 'atas nasihat' Najib...
KALAU CAMNI elok saja serah sisatan tu 'DIRECT' kat Najib, lagi senang jimat kos. takyah nak perabih wang rakyat.
NAMPAK TAK peranan SPRM & Peguam Negara...
Agak2 apa kesudahannya siasatan derma RM2.6 billion & SRC International nanti ???

Amanah jangka tiada tindakan terhadap Najib walaupun laporan SPRM siap…(TMI)
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal terlepas daripada sebarang tindakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghantar laporan yang siap kepada peguam negara.

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang.
“Berdasarkan latar belakang yang kabur dalam mengendalikan kemelut 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya membuat ramalan awal keputusan sama akan dibuat.
“Negara ini sudah pun dikenali di seluruh dunia sebagai negara ‘jenayah tanpa penjenayah’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, peguam negara pada 11 September tahun lalu membuat keputusan menolak kertas siasatan dihantar pihak BNM pada 21 Ogos tanpa sebarang tindakan diambil.
Baru-baru ini, SPRM sudah menghantar kertas siasatannya kepada peguam negara berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB, SRC International.
“Bukti membabitkan salah laku 1MDB mungkin jelas sehingga BNM menjangka peguam negara akan mengambil tindakan, tapi mereka tidak melakukannya,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Dzulkefly berkata, Seksyen 50 Akta SPRM secara jelas menyatakan definisi rasuah atau suapan adalah termasuk menerima wang derma.
Katanya, ia satu kebodohan yang besar jika Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih tidak mengambil tindakan dan membuat keputusan tiada lagi tindakan sama seperti kes BNM.
“Ia akan menjadi satu kebodohan yang besar jika peguam negara mengambil keputusan sebaliknya (tidak mendakwa) dan membuat keputusan tiada tindakan sekali lagi,” katanya. – 4 Januari, 2016.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amanah-jangka-tiada-tindakan-terhadap-najib-walaupun-laporan-sprm-siap#sthash.brGYwvwq.dpuf
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amanah-jangka-tiada-tindakan-terhadap-najib-walaupun-laporan-sprm-siap#sthash.brGYwvwq.dpuf
No comments:
Post a Comment