Pages

Monday, 25 January 2016

PAS amalkan politik kotor Umno? Hadi, apa selepas demo TPPA?

Selasa, 26 Januari 2016

PAS amalkan politik kotor Umno fitnah DAP, kata Guan Eng

Bingung dengan kenyataan kononnya DAP menyokong perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), parti itu menyifatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengamalkan politik kotor seperti Umno kerana membuat kenyataan fitnah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya mengulangi beberapa kali mereka menentang TPPA kerana kesan terhadap rakyat Malaysia dan perniagaan kecil-kecilan. Namun Hadi dalam sebuah video baru-baru ini mengatakan DAP menyokong perjanjian perdagangan itu kerana "perdagangan dikawal Cina di Malaysia".

"Bagi seorang pemimpin PAS untuk mengatakan perkara yang tidak benar dan tidak berasas itu menunjukkan PAS kini bukan sahaja bekerjasama dengan Umno tetapi juga mengamalkan politik kotor Umno, iaitu fitnah terhadap DAP."

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, TPPA bukan tentang kaum dan agama, tetapi kesan ekonomi ke atas rakyat Malaysia.

Lim berkata, PAS sepatutnya menumpukan kritikan terhadap Umno, kerana parti Melayu itu yang mahukan TPPA dilaksanakan di Malaysia.
Katanya, PAS, yang dikenali sebagai "penasihat" Barisan Nasional (BN), perlu menjelaskan mengapa gagal menasihatkan Putrajaya agar tidak menandatangani perjanjian itu.

"Menggunakan logik Hadi, mestilah Cina juga yang memulakan TPPA di Parlimen. "Mengapa tidak Hadi terus bekerjasama dengan Umno dan nasihat Kerajaan Persekutuan BN?" soal Lim.

Minggu lalu, Lim berkata, DAP akan menyertai ahli Parlimen Pakatan Harapan, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menolak TPPA sekiranya dibahaskan di Dewan Rakyat. – 25 Januari, 2016.
KDL

Demo TPPA - Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam dengan ego parti masing-masing

Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam

tppa-rally-2
Perhimpunan bagi membantah negara ini daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh pembangkang yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dianggap tidak berkesan.

Perhimpunan yang diadakan sekitar jam 2 petang itu hanya mampu mengumpul kira-kira 5,000 orang peserta dengan kira-kira 80 peratus yang hadir adalah ahli PAS yang memakai baju warna hijau, bukannya warna hitam sebagaimana warna rasmi yang dipilih untuk perhimpunan tersebut.

PAS sekurang-kurangnya telah menunjukkan kematangan dengan bersetuju untuk duduk bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpin NGO lain di Padang Merbok walaupun mesej yang ingin disampaikan tidak ke mana.

Hampir semua isu yang dibawakan dalam perhimpunan itu menunjukkan bahawa TPPA yang disertai 12 buah negara boleh membawa kepada kenaikan harga ubat-ubatan dan perkara-perkara lain manakala PAS memilih untuk memberikan tumpuan kepada isu tempatan.

Pemimpin PAS mendakwa (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata) TPPA akan menyebabkan kawalan ekonomi kepada Cina dan disebabkan itu DAP menyokong perjanjian itu.

Sementara itu, dalam perhimpunan hari ini, penyokong PAS turut mengejek serpihan ahli PAS yang menyertai parti AMANAH, lebih daripada sekali.
KDL.

Hadi, apa selepas demo TPPA?

– Rasyid Mansoor

Saya serba salah untuk hadir atau tidak ke demonstrasi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) semalam. Terdapat beberapa alasan saya sendiri yang membawa kepada keraguan itu.

Pertama, ia kelihatannya khusus untuk PAS sahaja. Dengan warna pakaian yang khusus untuk parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perancangan keselamatan dikuasai Unit Amal dan kekitaan yang sangat jelas di kalangan ahli parti hijau itu. Bagaimanakah saya mahu bersama?

Kedua, Hadi mengisytiharkan secara terbuka dan dengan penuh berani DAP mempertahankan TPPA kerana ingin pertahan perniagaan bangsa Cina di Malaysia.

Saya menanti kenyataan Hadi tentang pendirian MCA, Gerakan dan semua parti politik Barisan Nasional (BN) yang lain yang pertahankan TPPA.

Saya bimbang saya termasuk dalam fatamorgana palsu kononnya “gerakan Melayu menentang TPPA yang dilaksanakan Cina DAP”. Buruk bunyinya.
Ketiga, saya teringat semasa Bersih 4 dicanangkan dan dilaung sebagai langkah sia-sia, keras, membuang masa, tidak boleh mengubah, mewujud ketidakstabilan politik, maka ustaz kecil PAS berdalil sana dan sini menyokong seruan-seruan itu.

Dalam demo TPPA ini, saya masih melihat ianya sama. Sama kejadian dan sama kesannya. Justeru, saya ragu-ragu.

Dengan 3 alasan berikut, saya hadir dengan lemah.

Tetapi apa yang lebih penting, apa tindakan kita rakyat jelata selepas demo ini? Terus memberi BN peluang memerintah?

Menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyertai? Memberi BN bernafas baik sepanjang penggal pentadbiran ini, kemudian hanya ketika PRU 14 barulah kita mengkritik dan menyerang semahunya?

Apa yang saya bimbang, selepas ini TPPA dipandang sebagai bahaya buat Melayu tetapi syurga buat Cina.

Kemudian Melayu PAS terus membenci Cina yang berniaga kerana mereka adalah penyokong DAP. Bukan rasiskah begini? – 24 Januari, 2016.
KDL

No comments:

Post a Comment