Jika strategi Umno-PAS menggunakan sentimen perkauman menentang pihak pembangkang berjaya, nasib negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan stabil dan menyukarkan pembentukan bangsa yang kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016.
Sentimen anti DAP Umno-PAS kekalkan kuasa Najib, tapi bahayakan Malaysia
Published: 10 January 2016 9:00 AM
Menurut penganalisis, keadaan ini sebenarnya mempertaruhkan nasib Malaysia, kerana kerjasama Umno-PAS walaupun akan membentuk kerajaan Melayu yang kuat, pada masa sama menyebabkan pembangkang dikuasai Cina.
Bayangkan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum tetapi pemerintahnya terdiri daripada Melayu, manakala pembangkang pula kaum lain iaitu Cina dan India, kata Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
"Hasilnya, nasib negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan stabil dan menyukarkan pembentukan negara bangsa yang kuat," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu berkata, melalui pendekatan ini, pilihan raya terdekat atau jangka pendeknya, Umno dan PAS boleh menang.
"Namun dari segi jangka panjangnya tidak menguntungkan negara," katanya.
Menurut Redzuan, serangan yang mengatakan "orang Cina pendatang" dan mereka harus pulang ke negara asal, sudah tidak sesuai lagi untuk dibicarakan dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia.
"Ia sudah sepatutnya tidak berada lagi dalam kamus. Itu sejarah yang sudah berlalu. Itu pandangan yang sesuai sebelum merdeka lalu.
"Anehnya, selepas 50 tahun merdeka, orang masih memainkan isu itu," kata Redzuan menolak pendekatan itu.
Redzuan mengulas kerjasama antara Umno dan PAS yang kini menyasarkan serangan mereka kepada DAP dengan menggunakan pendekatan perkauman dan agama sebagai senjata.
Pandangan Ridzuan disokong seorang lagi pemimpin firma kajian bebas, Ilham Centre Hisomudin Bakar yang berpendapat pendekatan perkauman PAS dan Umno ini akan mengekalkan Najib untuk satu penggal lagi.
"Terbukti selepas datang isu kerjasama, PAS yang menjadi musuh utama Umno selama ini tidak lagi menyerang Umno, khasnya Najib.
"PAS juga tidak mengundi untuk menolak Bajet 2016 yang dikemukakan Najib.
"Ini satu kejayaan besar Najib dan Umno untuk bertahan selepas diserang bertubi-tubi dari dalam Umno dan pembangkang yang lain," kata Hisomuddin.
Hisomudin yakin usaha kerjasama ini dibawa Umno untuk menghadapi masalah dalaman parti itu selepas Tan Sri Muhyidin Yassin ditendang daripada kerusi timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Shafei Apdal dari kerusi menteri Kabinet.
"Tindakan ini sudah tentu menggoncang Umno khasnya di Johor dan Sabah. Saya jangka sekurang-kurangnya 10 kerusi Umno di kedua-dua negeri akan terjejas.
"Dengan membawa PAS yang memiliki 21 kerusi sekarang, ia boleh menampung kehilangan ini. Sebab itu saya yakin ini strategi untuk selamatkan Najib dan pertahankan Umno di tampuk kuasa, sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi.
"Isunya sekarang, apa yang PAS hendak dari kerjasama ini, ketika kita tahu apa yang Umno mahu," soal Hisomudin.
DAP yang selama ini menjadi sasaran serangan propaganda Umno dan agensi kerajaan, kini berhadapan dengan PAS pula selepas kedua-dua parti Melayu itu dikatakan bekerjasama untuk kebaikan.
DAP menjadi musuh PAS selepas parti Islam itu berpecah daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat.
PAS pula tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk antara PKR, DAP dan Amanah.
Terbaru, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa Israel yang menjadi musuh umat Islam menawarkan wang RM1.2 bilion kepada DAP sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Zuhdi mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya. – 10 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/negara-dalam-bahaya-jika-politik-perkauman-umno-pas-berjaya#sthash.HfKldoVK.dpuf
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل