Insaf lah anak2....jgn meminta2
Pakai lah apa yg ada...
Pakai lah apa yg ada...
Demi untuk menambah pendapatan keluarga yang semangkin mengecil disebabkan simiskin@rakyat membayar duit@GST kepada sikaya@kerajaan tunggul pun ditoreh juga asalkan dapat pendapatan Lebih..Mudah²an Ahmad Maslan terhibur.
Dengar lah keluhan rakyat ni...!!!
Sejak bila membela isteri Perdana Menteri sudah menjadi sebahagian perjuangan ahli dan pemimpin Umno?
Tidak bolehkah Rosmah berperanan seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini atau sekurang-kurangnya mencontohi perwatakan Siti Hasmah.
Penjawat awam terima pemberian khas.
Pemberian khas kepada kakitangan awam itu melibatkan peruntukan sebanyak RM645 juta
KUALA LUMPUR: Seramai 1.6 juta penjawat awam akan menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan hari ini
Selain itu, sebanyak 1 juta pesara kerajaan juga akan menerima Pemberian Bayaran Khas sebanyak RM250.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2015 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian khas itu diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat pada 2015.
Ia tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015.
Pegawai yang layak dibayar pemberian khas itu antaranya ialah pegawai lantikan tetap, sementara, perkhidmatan kontrak dan guru interim serta pegawai bercuti separuh gaji.
Pemberian khas kepada kakitangan awam itu melibatkan peruntukan sebanyak RM645 juta, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Bajet 2016 pada 23 Okt lepas.
Selain itu, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, kerajaan juga bersetuju menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk memberi faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred kepada semua kakitangannya.
Menurut pekeliling itu, kerajaan juga akan menambah baik 252 skim perkhidmatan untuk 406,000 penjawat awam dan menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan.
Menurut pekeliling itu, kerajaan juga akan menambah baik 252 skim perkhidmatan untuk 406,000 penjawat awam dan menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan.
Kadar pencen minimum juga ditetapkan kepada RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada semua kakitangan awam dan pesara.
“Kita tahu penjawat awam sememangnya menunggu bantuan seperti ini dan sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban penjawatan awam.
“Cuepacs ingin menyarankan kepada penjawat awam supaya menggunakan peruntukan yang bakal diterima itu dengan bijaksana,” katanya.
Beliau berkata, wang itu antaranya dapat menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak bagi mereka yang bekeluarga.
-BERNAMA
No comments:
Post a Comment