FITNAH SEMAKIN MENGGILA TERHADAP AMANAH | Tekini pasal nak lantik GUAN ENG jadi PM
FITNAH SEMAKIN MENGGILA TERHADAP AMANAH
1. Baru-baru ini diviralkan berita kononnya Presiden AMANAH menyokong perlantikan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia.
2. Hanya yang gila akan percaya fitnah gila sebegitu rupa. Tetapi inilah bukti akan keadaan semakin terdesaknya mereka yang bencikan AMANAH.
3. Sedangkan dunia maklum bahawa calon Perdana Menteri Malaysia yang telah diputuskan sebulat suara oleh Pakatan Harapan, sejak penubuhannya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Oleh itu usaha cuba menggambarkan AMANAH sebagai budak suruhan DAP dengan menyatakan AMANAH menyokong Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri adalah jelas terlalu terdesak.
5. Ini adalah hasil perasaan cemburu pihak tertentu betapa AMANAH dalam masa hanya beberapa bulan telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan Pakatan Harapan.
6. Saya sebagai Pengarah Komunikasi AMANAH ingin memesan kepada semua supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan. Ianya hanyalah bukti keberkesanan AMANAH dan banyak lagi tuduhan bakal dilemparkan kepada kami selepas ini.
7. Oleh itu sentiasa tabayyun segala berita yang tersebar melalui media sosial dengan merujuk kepada laman web dan Facebook rasmi AMANAH.
Sekian terima kasih.
"Harapan Baru"
KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
16 Januari 2016
No comments:
Post a Comment