Pages

Monday, 4 January 2016

[Video] Jiwa saya ‘memberontak’! Mengapa kamu 'Jual Melayu Dan Umno'? SIAPA SEBENARNYA pengkhianat kpd rakyat...

Isnin, 4 Januari 2016



TAHUKAH ANDA !!!
Sebuah kapsul telah ditanam oleh Tun Mahathir pada 'batu bersurat' di R&R Rawang dgn terteranya bukti dan jelas bhw konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) akan tamat pd 2018 nnti.. Korang tau tak !!!

TETAPI si penyangak UMNO tetap tamak & rakus utk MELANJUTKAN 20 TAHUN LAGI menjadi 2038 !!!

ADA LAGI 29 lebuhraya bertol di Malaysia..
Selagi UMNO ada di M'sia selagi itu KRONI2 akan lanyak kantong2 rakyat suruh bayar tol..

ANDA nilaikanlah sendiri SIAPA SEBENARNYA pengkhianat kpd rakyat.. Rakyat atau Najib ???

#sebarkan #viral

Jangan kamu Jual Melayu Dan Umno

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Malam tadi saya tak meraikan perayaan tahun baru, kecuali isteri yang melayan anak remaja saya. Saya ada dirumah dan tidur awal.

Kenapa? Saya tidak menipu orang atau bersikap haipokrit, berpura-pura. Di tulisan saya dalam facebook, saya sampaikan perasaan simpati yang mendalam dengan keadaan rakyat yang menderita dengan kenaikan kos hidup yang tiba-tiba mendadak naik dalam alam kehidupan mereka, tanpa persediaan dan juga bertambah pendapatan.

Bagi mereka yang tidak buat kerja sosial saperti saya, mungkin tidak sampai kelubuk hati penderitaan rakyat ‘kelas rendah’ ini. Saya pekerja sosial dan tempat mereka mengadu, samada berjumpa, menalipon dan pesanan dalam whatsap. Kesemua meminta pertolongan bukan sahaja kewangan tetapi perkara lain, saperti mohon sewa rumahnya dilepaskan dari di sita. sokongan untuk hajatnya dengan jabatan kerajaan.

Kesemua ini berlaku ialah pendapatan mereka lebih rendah dari perbelanjaan hidup. Sama saperti kata pendahulu ibu bapa kita.. besar periuk, besarlah keraknya.. Maka jika saya punya gaji berangka belas ribu pun, sejumlah 60% dari pendapatan di belanjakan bagi menguruskan kehidupan bulanan. Sewa rumah, bayaran ansuran dua kereta, letrik, air, astro,unifi, pembantu rumah dan bayaran lain, bagaimana yang mempunyai pendapatan bawah RM3ribu sebulan dan tinggal di rumah pangsa?

Itu sebab penderitaan rakyat ini.. menjadikan jiwa saya ‘memberontak’ dan tidak boleh menjadi seorang yang pura-pura kerana penderitaan rakyat ini, saya pernah melalui di zaman saya susah dahulu, tinggal dirumah pangsa membesar tiga anak. Hanya saya tidak menangis bila ditemui oleh mereka sama ada mengadu atau bercerita akan kesusahannya.

Itu sebab jugalah saya membuat status menegur seorang Ketua UMNO Bahagian yang berselfie atau bersuka ria diluar negeri atas alasan berbulan madu. Ini bukannya cara seorang pemimpin rakyat, itu pendapat saya. Jika kita tidak boleh membantu rakyat yang kita pimpin, jangan kita sakiti mereka dengan gambar atau photo kemewahan kita. Kerana kesan terlalu kuat untuk rakyat menolak parti dan kerajaan kita. Walau pun itu kita merasakan diri kita berhak untuk berbuat demikian, bercuti dan bergembira diluar negeri.

Tetapi jangan lupa, masa menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin belia dahulu, saya diperingatkan bahawa jika saya telah melibatkan dalam aktiviti perkerja sosial dan juga pemimpin belia, politik dan sebagai dalam pertubuhan bukan kerajaan. Kamu sudah jadi dimiliki oleh masyarakat.. setiap gerakan kehidupan milik mereka.. masyarakat yang berada di sekeliling kehidupan kamu.. Maka berjaga dan waspada apa yang kamu hendak lakukan hal-hal persendirian kamu.

Hari ini, khasnya pemimpin politik, menganggap kedudukannya dalam jawatan dalam politik dan juga kerajaan saperti sebagai kejayaan peribadinya dan tidak terikat dengan rakyat dan masyarakat.. Maka dia tidak ambil peduli kelakuan dan perbuatan dikhalayak ramai.

Wahai pemimpin politik.. Misi kita masuk politik ialah untuk bersama menjayakan cita-cita politik untuk kebaikan bersama dan bukannya hanya hanya sagelintir diantara kita.

Sudah banyak Negara tumbang.. baik Negara komunis, demokrasi atau monarki sejak berabad dulu.. Bacalah secara sejarah mereka. Banyak alasan dan sebab diberikan oleh sejarah tetapi kurang yang menulis antara sebab kebangkitan rakyat ialah ‘lifestyle’ atau gaya hidup pembesar dan keluarga yang berkuasa.

Bagaimana kejatuhan Shah Pahlevi yang mempunyai kekuatan tentera, akhirnya tumbang. Bagaimana Ferdinand Marcos ditumbangkan dan lari dan mati diluar negeri, sehingga pihak Tentera berpaling tadah. Bagaimana Soeharto, hilang jawatan Presidennya satelah berkuasa sekian tahun lamanya.

Masa saya diberi latihan di Libya pada tahun 1989, dalam siri lawatan kerumah Muamar Ghadafi yang konun menjadi simbol simpati rakyat menganggap Ghadafi sebagai pejuang rakyat Libya..Rumah itu ialah rumah isteri kedua.. dengan katil yang mahal.. dengan pembuka air paipnya di bilik airnya bersalut emas. Saya katakan kepada kawan-kawan saya yang sama kursus.. Jika semua ini terdedah kepada rakyat yang ditipunya.. Ghadafi akan mati di kakilima. Begitulah kesudahannya Muamar Ghadafi dipijak oleh rakyatnya sendiri? Kerana hidup dalam kepuraan menjadi pemimpin rakyat.

Maka kesimpulannya saya menyeru kepada pemimpin UMNO.. simpan sikit kebodohan itu dengan mengumpulkan harta dan kekayaan dengan airmata rakyat. Saya kenal dengan beberapa orang yang berasal saperti saya.. hanya hidup biasa-biasa. Bila masuk politik, pegang jawatan tinggi sikit kemudian hidup berubah.. dan kemudian pandai bercakap soal survival melayu. UMNO dan Melayu hanya alat untuk memuaskan nafsu serakah sahaja.

Itu sebab dalam isu ‘Melayu’ saya tidak mahu melibatkan diri, bukan saya tak sayang bangsa saya.. Kerana sayanglah yang kadang kala status yang saya upload dalam fb saperti saya berada di parti pembangkang.

Terserah kepada yang membacanya, yang penting selama 45 tahun saya tidak menjual UMNO dan Melayu untuk kepentingan diri saya.

Januari 1, 2016
Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment