Pages

Sunday, 21 February 2016

"Agak2 la sikit kalau nak menjilat... atau prof takut ilang jawatan?"

Ahad, 21 Februari 2016
Best kan.

" masyarakat Bidayuh di Sarawak mungkin tidak akan memberi undi kepada mana-mana parti dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan Pas.....(Profesor Madya Dr Ahi Sarok berkata,) ia kerana parti-parti dari Semenanjung ini boleh menggugat keharmonian kaum di Sarawak."
Apa komen orang bidayuh?
Kalau seorang professor yang sepatutnya berfikiran terbuka dan objektif dan memahami maksud demokrasi lebih dari orang lain berfikiran macam ni, apa agaknya pemikiran rakyat biasa. Mungkin professor kangkung ni boleh bagitau, negeri mana yang selama ni diperintah oleh pembangkan tergugat keharmoniannya? Sebaliknya, pemimpin dari BARISAN NASIONAL lah yang selama ini memainkan sentimen perkauman dan agama sehingga rakyat berpecah belah. Ingat isu Bible dulu? Menteri besar mana yang kembalikan bible - PKR dari Selangor yang di perintah oleh PEMBANGKANG prof.
Agak2 la sikit kalau nak menjilat... atau prof takut ilang jawatan?
"Kalau takut mengambil risiko, usah bicara soal perjuangan" - Anwar Ibrahim
---------------------------
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat masyarakat Bidayuh di Sarawak mungkin tidak akan memberi undi kepada mana-mana parti dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan Pas dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, akan datang.
Pensyarah Program Kajian Politik dan Pemerintahan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr Ahi Sarok berkata, ia kerana parti-parti dari Semenanjung ini boleh menggugat keharmonian kaum di Sarawak.
“Khususnya di tempat-tempat yang dikuasai PBB iaitu Tebedu, Kedup dan juga Tarap, pengundi akan menyokong calon PBB kerana mereka sudah tahu calon penyandang akan dikekalkan dan mereka ini telah memperlihatkan prestasi yang baik.
“Mereka sering turun padang dan banyak bawa perubahan serta pembangunan ke kawasan yang diwakili. Rakyat puas hati dengan pencapaian mereka. Lagipun, wakil rakyat berkenaan merupakan menteri dan timbalan speaker kecuali Adun Kedup.
“Dengan jawatan itu, memungkinkan mereka mendapat geran MRP yang lebih banyak untuk disalurkan ke kawasan,” katanya dipetik dalam satu wawancara dengan SarawakVoice, baru-baru ini. (sumber sinar harian)

No comments:

Post a Comment