Pages

Tuesday, 2 February 2016

Habislah Ahmad Bashah...Mukhriz bagi amaran dah nie! Akar umbi UMNO Kedah jugak tolak Najib sebagai Presiden.

Selasa, 2 Februari 2016

Ni nak buat macam mana ni? Ku Nan nak ambil tindakan keatas Akar Umbi Kedah ke, sebab mereka menolak Najib sebagai Presiden parti?Akar umbi UMNO Kedah tolak Najib sebagai Presiden

1 hari mmg pasti Umno akan mati dlm Malaysia ni buat selama2 nya..

Habislah Ahmad Bashah.. Mukhriz Bagi Amaran Dah NI...


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menganiayai dirinya dan rakyat Kedah.

Beliau berkata, apa yang akan dilakukan selama ini bukanlah atas sebab kepentingan peribadi tetapi selepas memikirkan kepentingan rakyat Kedah.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan atas tindakan terburu-buru pihak berkenaan dan pada masa sama berikrar tidak akan melepaskan jawatan serta akan terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.

"Macam Pak Abu cakapkan kalau nak tukar pun tunggu dulu dan buat cara elok. Saya bukan susah sangat tetapi kalau aniaya saya terpaksa juga kita bertindak. Saya rasa seperti rakyat negeri Kedah teraniaya sedangkan tidak buat salah apa-apa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama anggota UMNO Bahagian Jerlun di sini, hari ini.

Pada majlis itu Mukhriz mengulangi tegasannya bahawa kedudukan beliau sebagai menteri besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah pada Pilihanraya Umum ke-13.

Malah tambahnya lagi, ia telah mendapat perkenan Sultan Kedah seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sekiranya hendak menukar menteri besar ia harus dibuat dengan teratur dan bukan dengan menghebahkan kepada media apabila keputusan yang dibuat tanpa perbincangan.

Sementara itu, Mukhriz mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempengaruhi beliau untuk bersama-sama dengan parti lain selain UMNO atau lompat parti.

Kesetiaan beliau tidak akan berubah sebaliknya akan terus berkhidmat dan mengukuhkan lagi jentera parti pada pilihanraya umum ke-14 nanti.

Pada Rabu kepimpinan UMNO negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz dan merayu perdana menteri supaya bertindak membuat perubahan segera ~ AstroAwani 


Posted by Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment