Selasa, 23 Februari 2016
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilapor tidak terlibat dalam penganugerahan tender balak bagi tanah yang terlibat dalam 2 projek jajaran talian penghantar elektrik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari 2016.
Azmin, exco tak terlibat anugerah tender balak, kata jabatan hutan
Published: 23 February 2016 5:26 PM
Penjelasan itu merujuk kepada jajaran talian elektrik dari Mahkota Cheras ke Mahkota Cheras Hartamas dan dari Bukit Tarek ke Chubadak yang sebelum ini dipertikaikan aktivis pro-PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
"JPNS menegaskan, menteri besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dalam proses menilai mana-mana permohonan yang diterima JPNS untuk tujuan ini.
"JPNS juga ingin mengulangi komitmen jabatan untuk menjamin proses yang terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan.
"Ia selaras dengan dasar kerajaan negeri yang berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan," kenyataan jabatan itu dipetik.
Menurut kenyataan itu, satu penilai permohonan untuk mengeluarkan hasil tanah itu, yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor, melantik 2 kontraktor bagi mengeluarkan hasil tanah kawasan terlibat.
Jawatankuasa itu berpuas hati dengan kerja 2 kontraktor itu yang diberikan lesen selama 6 bulan bagi melakukan kerja mengeluarkan hasil dari tanah yang terlibat.
Sebelum ini, pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin mendakwa kerajaan Selangor tidak telus dan menganugerahkan tender pembalakan secara terus kepada 2 syarikat.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Azmin yang menganggapnya tuduhan tidak berasas. – 23 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-exco-tak-terlibat-anugerah-tender-balak-kata-jabatan-hutan#sthash.Hds4poIS.dpuf
No comments:
Post a Comment