Pages

Sunday, 14 February 2016

Rasuah: 2015 tahun teruk buat Malaysia – Paul Low Menteri di JPM..."UMNO mana pernah buat 'dosa' kan".

Ahad, 14 Februari 2016
Sama2lah kita hayati tazkirah dari ostajah Shahrizat mengenai bab2 DOSA...

Bila mak lembu-kondo kembali bersuara..

UMNO mana pernah buat 'dosa' kan..

Balun duit rakyat sampai ratus2 juta ringgit itu mengikut syiar Islam Wasatiyyah, tak tau ker...

Tak rugi AG Apandi Ali dilantik sbg peguam negara 'ATAS NASIHAT' Najib..
Memang berbaloi-baloi...

Rasuah: 2015 tahun teruk buat Malaysia – Paul Low

 | February 14, 2016
Paul Low berharap tahun 2016 akan menjadi lebih baik dan tiada lagi skandal besar menimpa negara.
Paul Low
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mengakui bahawa tahun 2015 adalah tahun yang teruk buat Malaysia dalam aspek integriti.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan negara yang merosot ke tangga ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015 Transparency International, berbanding tempat ke-50 untuk tahun 2014.
“Tahun 2015 adalah tahun yang buruk buat Malaysia. Terlalu banyak perkara yang terjadi dan memberi kesan kepada (indeks) persepsi. Anda pasti tahu perkara-perkara ini,” katanya merujuk skandal 1MDB dan pelbagai dakwaan lain melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menteri bertanggungjawab dalam soal ketelusan dan integriti ketika dihubungi FMT di sini, baru-baru ini berkata, segala dakwaan itu juga memberi persepsi buruk dalam komuniti perniagaan yang penting kepada negara.
Justeru, katanya lagi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan keadaan pada tahun 2016.
“Banyak penstrukturan semula perlu dilakukan dalam kerajaan. Saya khususnya, sedang bekerja keras dalam beberapa isu teras.”
Katanya lagi, antara beberapa langkah yang telah dan akan diambil kerajaan adalah meningkatkan kebebasan auditor dalaman, menempatkan pegawai integriti di semua kementerian dan mengurangkan jumlah projek yang bermasalah.
“Ini bukan kerja jangka pendek, untuk mengubah budaya dalam kerajaan di setiap peringkat.
“2015 adalah tahun yang sukar. Kita boleh pulihkan keadaan pada tahun ini, dengan syarat tiada perkara yang serius berlaku,” katanya lagi.
FMT.

No comments:

Post a Comment