Pages

Saturday, 20 February 2016

[Video] Ahli Parlimen DAP persenda derma RM2.6 bilion dalam video CNY.

Ahad, 21 Februari 2016


Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Teo Nie Ching dalam video Tahun Baharu Cina mereka menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memaparkan seorang lelaki Arab sedang memegang cek berjumlah RM2.6 bilion. – Gambar dari YouTube, 20 Februari, 2016.

Ahli Parlimen DAP persenda derma RM2.6 bilion dalam video CNY 
Published: 20 February 2016 9:16 PM
Video itu, bertajuk "God of Fortune: Special Edition", dimuat naik melalui YouTube semalam, bertujuan meraih sokongan bagi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Ia memaparkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan watak God of Prosperity, yang cubaannya memberi angpow tidak dihiraukan orang ramai akibat kehadiran lelaki berpakaian seperti orang Arab yang memegang cek bernilai RM2.6 bilion yang ditujukan kepada Najib.
Orang ramai dilihat berebut-rebut menuju lelaki Arab yang sedang menghulurkan wang, tanpa mempedulikan God of Prosperity itu.
Pada satu ketika, Teo juga dilihat memakai beg tangan dan cincin berlian yang besar.
"Oleh kerana kita tidak mendapat 'derma' daripada penderma Arab misteri, kami mengharapkan sokongan rakyat Malaysia biasa membantu kami menukar impian kita menjadi kenyataan.
"Semoga Sarawak menjadi batu loncatan untuk perubahan yang lebih besar untuk Malaysia."
Video itu juga membidas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan tahun lepas, menunjukkan Pua berpakaian seperti seorang lelaki gelandangan dan God of Prosperity itu - yang kini kehilangan kerja - sambil Teo, yang memegang sepanduk bertulis 'GST', mengambil wang daripada mangkuk pengemis yang mereka tadah.
Pada 2014, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok berdepan tindakan undang-undang selepas mengeluarkan video CNY bertajuk "Onederful’ Malaysia CNY 2014" yang bercampur-baur dengan satira politik dan sindiran.
Dia didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 tetapi tuduhan itu kemudiannya digugurkan pada November tahun lepas. – 20 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-dap-persenda-derma-rm2.6-bilion-dalam-video-cny#sthash.lAL2blrq.dpuf

No comments:

Post a Comment