Pages

Wednesday, 17 February 2016

[Video] "Bini aku kena raba, korang (menteri) buat apa? Dia ni Ahli Parlimen Malaysia atau Ahli Parlimen Bangla?

Rabu, 17 Februari 2016
Dia ni Ahli Parlimen Malaysia atau Ahli Parlimen Bangla ?.. Bersungguh-sungguh betul dia perjuangkan nasib 1.5Juta Bangla tu.. 'Kak Long' pon backup sekali bapak dia..

Kalau Ahli Parlimen Malaysia sepatutnya dia meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.. bukannya kepentingan Bangla..

Kalau dah sibuk sangat nak perjuangkan nasib 1.5 Juta Bangla tu.. suruh dia pindah pi Bangladesh jadi Ahli Parlimen Bangladesh laa...

Jangan pikir untung. Wahai bapak2 menteri anak2 korang ada 'bodyguard'. Kami rakyat marhaen nak cari makan pon dah tak selamat. Jgn pikir tengkorak korang jer.
Blues Mayat Minum petang bersama puteri2 ameno...semua manis2 dan jelita...

Buskers Terajang Nepal Cuba Peluk Dan Raba Isteri


Gara-gara kerana terlalu berang dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Nepal yang didakwa mencabul kehormatan isterinya, vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa membelasahnya sehingga pengsan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras jenayah yang melibatkan warga asing.

Katanya, kejadian yang berlaku terhadap isterinya itu membuktikan bahawa kebanjiran warga asing di Malaysia menyebabkan negara ini sudah tidak lagi aman.

"Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?

"Isteri saya yang bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul.

“Demi keselamatan, berhati-hati. Jangan sewenang-wenang jalan goyang tangan," katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis malam semalam..

Mustam yang baru sahaja mendirikan rumah tangga lima hari lalu juga menyatakan menteri-menteri yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan supaya tidak memikirkan keuntungan semata-mata untuk membawa warga asing ke negara ini.

"Jangan fikir untung, fikir rakyat Malaysia. Kita nak hidup," katanya lagi.

hati2 dgn nepal... aku ngah setup brg busking dpn sogo td.. dia dtg peluk farah n raba... farah tumbuk sedas... aku just...

Posted by GENJI Buskers onTuesday, February 16, 2016

Pada masa sama, Mustam yang lebih mesra dipanggil Mus turut mempersoalkan tahap keselamatan anak-anak menteri dan membandingkan dengan keselamatan yang diterima oleh rakyat marhaen.

"Bapak-bapak menteri sekalian, anak korang mungkin ada 'bodyguard' (pengawal peribadi). Kita orang rakyat jelata marhaen, biasa ni nak jalan sudah tidak selamat. Hendak cari makan dah tak selamat," katanya.

Pada kejadian di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur pada jam sembilan malam semalam, Farah yang adalah isteri Mustam mendakwa dirinya dicabul oleh warga asing itu.

Katanya, kejadian itu telah menaikkan kemarahannya hingga membelasah, sepak dan terajang lelaki berkenaan hingga pengsan dan berlaku pendarahan di bahagian muka. - mkini
BLM.

No comments:

Post a Comment