Pages

Wednesday, 17 February 2016

[Video] Jaringan Faiz Subri padam 'banana kick' Roberto Carlos..."Video bola sepak Malaysia dah tembusi pasaran Amerika?" Kelebihan TPPA neh.

Rabu, 17 Februari 2016


Jaringan Faiz padam 'banana kick' Roberto Carlos

Laman portal Mirror.co.uk membuat ulasan jaringan legenda Brazil, Roberto Carlos pada tahun 1997 yang mendapat jolokan 'banana kick' terpadam sebagai sepakan percuma terbaik. 

Ini kerana sepakan percuma yang dilakukan pemain Pulau Pinang Faiz Subri malam tadi adalah lebih aneh dan lebih melencong berbanding sepakan Carlos.

 KiniTV

korang nampak tak kelebihan TPPA ni?sejak menandatangani TPPA ,video bola sepak malaysia dah tembusi pasaran Amerika.
Berpusu pusu mat saleh datang melancung. Naik ringit kita.
Nampak?

Faiz ada bakat luar biasa yang 'biasa'


Klip tendangan percuma Faiz Subri sudah mula 'menakluk' dunia tetapi bagi sesetengah orang, keunikan itu adalah keajaiban yang biasa pada mereka.
Hakikatnya kebolehan Faiz bukan baru dikuasainya.
Sepanjang kariernya sebagai pemain profesional sejak 2009, sudah lima pasukan - termasuk Harimau Kumbang - mendapat manfaat daripada kehebatan pada dirinya.
Sepanjang tempoh itu sudah berkali-kali Faiz menyumbangkan kebolehan membantu pasukannya.
Cuma barangkali pada malam semalam sudah ditakdirkan segala-galanya seakan sempurna - jarak, masa, tempat dan tidak ketinggalan kedudukan kamera televisyen.
Maka apabila Malaysiakini bertanya pendapat jurulatih Pulau Pinang dia menyifatkan kemahiran Faiz bukan baru sehari dua ini dimilikinya.
Kata Jacksen Ferreira Tiago tendangan ala Roberto Carlos itu pernah dilakukan Faiz sama ada ketika latihan atau dalam perlawanan sebenar.
"Bagi kami ia tidak mengejutkan kerana saya dan rakan-rakan sepasukan sudah tahu kebolehan Faiz.
"Ya, dia melakukannya dengan baik dan gigih berlatih. Kalau dilihat kepada jaringan yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini tendangan seperti itu pernah dilakukan.
"Tapi tendangan ketika menentang Pahang semalam itu sangat luar biasa," katanya kepada Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment