Luahan pelajar: Sia-sia belajar bersungguh-sungguh jika JPA ditarik balik
Rata-rata pelajar kecewa sekiranya kerajaan menarik balik JPA kerana ia boleh menjatuhkan moral mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang.
'Pengajaran buat Muhyiddin, sekolah bukan alat politik'
Selepas dilarang memasuki sebuah sekolah semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjadikan perkara itu sebagai pengajaran bahawa sekolah tidak seharusnya dijadikan alat politik.
ADUN dari Pakatan Harapan, Hannah Yeoh berkata perkara sama dihadapi wakil rakyat pembangkang sejak sekian lama apabila mereka dilarang memasuki sekolah bagi menghadiri program dan acara tertentu.
"Pakatan Harapan telah menekankan ketidakadilan ini sejak 2008. Hingga ke hari ini, sebagai ADUN Subang Jaya saya masih disekat daripada menghadiri acara sekolah dan tidak boleh masuk ke sekolah untuk program kesedaran denggi atau gotong royong.
"Saya harap mereka sedar sekarang bagaimana sekolah-sekolah tidak boleh digunakan sebagai alat politik dan saya ulangi sekali lagi apa yang kita telah kata selama ini - bebaskan sekolah-sekolah kita," kata Speaker DUN Selangor itu dalam Facebook hari ini.
Hannah sendiri pernah disekat daripada menghadiri acara di Sekolah Menengah Subang Utama, tidak lama selepas menjadi ADUN Subang Jaya.
Sehingga kini beliau masih dihalang daripada memasuki sekolah berkenaan dan terpaksa menyampaikan bantuan dari luar sekolah.
Semalam, Muhyiddin tidak dibenarkan berucap di SMK USJ14 bagi melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya.
Bekas menteri pendidikan itu berkata, pihak sekolah mengatakan mereka "menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu untuk tidak membenarkannya berucap.
Bagaimanapun katanya, beliau telah menjangkakan perkara itu dan sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.
Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi. Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap. Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment