Sana sini rahsia kemudian cakap pasal kredibiliti? Lawak dedak sungguh..!!
“Tak perlu sorok, nanti kena dedah juga…”
Reezal Merican mengulas keputusan kerajaan mengklasifikasikan laporan akhir siasatan 1MDB di bawah OSA sedangkan laporan itu akan dibentang di Parlimen juga akhirnya.
GOMBAK: Kerajaan tidak boleh menyorok laporan akhir hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ini kerana kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, laporan itu akan dibentangkan di Parlimen juga akhirnya.
Beliau yang juga bekas ahli PAC mengaku tidak tahu sebab mengapa laporan akhir PAC mengenai 1MDB diklasifikasikan mengikut OSA.
“Saya tidak tahu apa alasannya. Tapi pada saya mereka tidak boleh nak sorok semuanya.
“Lambat laun, ia akan dibawa ke Parlimen,” katanya kepada pemberita di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.
Reezal berkata demikian mengulas lanjut tindakan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit PAC itu mengikut OSA.
Hari ini, kebanyakan media tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Parlimen, iaitu lokasi laporan berkenaan dibentangkan kecuali RTM dan Bernama selaku media rasmi.
Sementara itu, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata tindakan meletakkan laporan akhir PAC itu di bawah OSA agak aneh.
“Saya berasa itu agak aneh juga tapi mesti diletak jawapan kerajaan kenapa diletak di bawah OSA, mesti dihurai.
“Jika tidak saya fikir banyak persoalan yang nanti akan melemahkan situasi wujud di sekitar kita,” katanya.
FMT.
No comments:
Post a Comment