Najib buat lawatan rasmi ke UTC Johor atau demonstrasi? Siap FRU jaga bagai...
Bayangkan perasaan rakyat spt terutamanya golongan pertengahan & fakir miskin yg mana haknya subsidi rakyat ditarik balik dgn alasan berlaku KETIRISAN kononnya..
Rupa2nya 'bola' gak yg dapat keuntungannya..
Tahniah & terima kasih KERAjaan BN & Najib.. Anda mmg sungguh prihatin !!!
TUNGGULAH.. Kami tak sabar nak kuburkan UMNO/BN di PRU14 nanti...
Rupa2nya 'bola' gak yg dapat keuntungannya..
Tahniah & terima kasih KERAjaan BN & Najib.. Anda mmg sungguh prihatin !!!
TUNGGULAH.. Kami tak sabar nak kuburkan UMNO/BN di PRU14 nanti...
Jom terus attack Najib bukan semata2 suh Najib letak jawatan tapi nak bongkarkan keburukan Najib, & Umno agar mudah rakyat bukak mata. Mudah bagi kite nak jatuhkan BN di PRU14 nanti...
Deklarasi Rakyat adalah demi masa depan negara
SHAH ALAM - Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penting kerana ia merupakan penentu bagi masa depan negara, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, deklarasi rakyat itu adalah bagi membawa perubahan kepada negara yang pada masa kini semakin menekan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya sendiri turut hadir bagi menandatangani deklarasi rakyat tersebut sebagai tanda menolak kepimpinan perdana menteri.
"Saya rasa beliau (Najib) patut melihat isyarat ini memandangkan perkara sebegini tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik di mana tokoh-tokoh Umno menolak kepimpinan Perdana Menteri yang semakin membawa bahaya kepada negara,"katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Jumaat lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Penandatanganan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Dalam pada itu, Salahuddin turut memaklumkan bahawa apa yang lebih penting dalam majlis deklarasi rakyat tersebut adalah setiap pihak telah bersatu dan mengetepikan perbezaan politik hanya demi untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus musnah.
Tambah beliau, Umno berkemungkinan akan menggunakan akta-akta sedia ada selepas ini untuk mengekalkan kuasa mereka dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menentang kepimpinan Perdana Menteri.
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment