GANTI HAJI HADI, GANTI NAJIB.
Ganti pemimpin tak perlu tunggu mesyuarat agung atau muktamar. Jika ada masalah, boleh letak jawatan, ganti dengan timbalan.
Boleh juga ada muktamar khas atau mesyuarat agung tergempar.
Tidak timbul isu guling-menguling.
Baik Najib atau Hj Hadi, dua-dua ada masalah.
Posted by mantaro./SISI BUKIT
Fenomena Gerhana Matahari Separa Esok (pagi ini)
KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku di negara ini bermula pukul 7.24 pagi hingga 9.30 pagi Rabu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata fasa pertama gerhana itu berlaku pada 7.24 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 8.23 pagi.
Beliau berkata umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana matahari berjemaah disertai dengan khutbah gerhana.
"Sehubungan itu, Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah swt dengan mengadakan solat sunat gerhana berserta khutbah gerhana."Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin apatah lagi ia jarang berlaku," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Othman berkata Jakim juga melalui Unit Falak dan Masjid Putra, Putrajaya akan mengadakan solat sunat gerhana matahari pada pukul 8 pagi.
Selain itu, katanya, aktiviti cerapan juga akan diadakan di Masjid Putra dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
"Orang ramai terutama penduduk sekitar Putrajaya dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semulajadi serta menunaikan solat sunat gerhana matahari secara berjemaah," katanya. - BERNAMA
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/fenomena-gerhana-matahari-separa-esok.html#ixzz42LltYtha
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
No comments:
Post a Comment