Pages

Saturday, 5 March 2016

"Kami nak pergunakan Mahathir sebenarnya"! Berhasilkah muafakat antara Tun M dengan pemimpin pembangkang?

Ahad, 6 Mac 2016

Page Liked · 5 hrs 

Orang UMNO lah..siapa lagi?

Page Liked · 2 hrs 

Tak ada sapa bergantung kat dia aihhh...dia yg dok ajak jumpa supaya bersama dengan dia jatuhkan NAJIB...

so far dalam deklarasi tu ada perkara yg perlu dilakukan selepas NAJIB jatuh ia berfaedah kepada PEMBANGKAN terutama memperbaiki sistem yg NAJIB sudah jahanamkan jadi apa masalahnya....

Nie lagi 3 perkara selepas NAJIB dijatuhkan....

a) penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jelas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

Jadi awat hangpa dok kalut sangat kata MAHATHIR nak pergunakan kita...cubalah jadi cerdik sama dok pikiaq kita nie aja bodoh memanjang dan mahathir aja yg ceredik dok kira nak perbodohkan kita....

Jika macam hangpa pikiaq tu kira hangpa aja yg bodohnya...kami nak pergunakan mahathir sebenarnya...

Berhasilkah muafakat antara Tun M dengan pemimpin pembangkang?

 | March 6, 2016
Dari segi sejarah dan latar belakang hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin DAP dan PKR amat tebal dengan permusuhan.
mahathir,pembangkang

PETALING JAYA: Sejauh manakah muafakat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan barisan pemimpin pembangkang terutama DAP akan berhasil?
Itu persoalan yang dilontarkan oleh Awang Selamat menerusi analisisnya dalam Mingguan Malaysia.
Menurutnya, ini disebabkan dari segi sejarah dan latar belakang hubungan Dr Mahathir dengan pemimpin DAP dan PKR amat tebal dengan permusuhan walaupun dalam politik segala-galanya berkemungkinan.
“Namun realiti untuk padamkan episod hitam bukanlah mudah. Mereka akan terus dihantui rasa curiga dan waspada termakan jerat muslihat politik, apatah lagi Dr Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim makin dimamah usia.
“Dimalukan dan gagal besar pada penghujung usia, lagi sakit rasanya,” katanya.
Awang dalam pada itu turut tidak terkejut dengan perkembangan terbaru politik tanah air yang berlaku kini.
“Sejak tahun-tahun ini kebelakangan ini, Dr Mahathir yang juga mantan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah menampakkan aliran dan petanda ke arah itu.
“Siapa sangka Dr Mahathir sanggup berbaik-baik dan menjalin gerakan bersama Kit Siang dan Anwar. Umpama mimpi dalam mimpi,” katanya.
Tambahnya, keterdesakan Dr Mahathir tidak dapat disembunyikan setelah gagal menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tahun lalu.
Beliau berpandangan, Dr Mahathir tidak kisah akibat yang dilakukannya kepada UMNO dan BN yang lebih dua dekad diterajuinya.
“Kepada Kit Siang dan Anwar, tindakan Dr Mahathir menjatuhkan ego merayu mereka bekerjasama dilihat sebagai kejayaan besar. Umpama sudah mengantuk disorongkan bantal,” katanya.

No comments:

Post a Comment