The Story Of Perak Democracy Tree
‘Usul undi tidak percaya mungkin merebak ke DUN Perak’
Pemuda AMANAH Negeri Perak meramalkan bermungkinan terjadi kejutan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 12 April 2016 depan dan tidak mustahil perkara yang berlaku di DUN Terengganu akan merebak di DUN Perak.
Menurut Timbalan Ketua, Pemuda AMANAH Negeri Perak Mohd Fitri Asmuni hal itu tidak mustahil akan berlaku memandangkan terdapat beberapa ADUN BN Perak merupakan penyokong kuat Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
“Isu krisis kepimpinan terhadap Menteri Besar Negeri (Dr Zambry) memungkinkan perkara yang sama akan berlaku (di Perak) ekoran krisis dalaman Umno setelah penggantungan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin serta isu keluar parti oleh Tun Dr Mahathir dan permecatan beliau sebagai penasihat Petronas baru-baru ini.
“Bagi Pemuda AMANAH Perak, ramai di kalangan ADUN Perak daripada Barisan Nasional (BN) adalah penyokong Muhyidin dan Mahathir serta beberapa pimpinan lain seperti Dato’ Seri Shafie Apdal dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.
“Satu lagi perkara penting yang bermain di fikiran kalangan pimpinan Umno ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bukanlah lahir daripada Umno ‘tulen’ kerana pernah bersama menyokong Datuk Seri Anwar Datuk Ibrahim sebelum ini.
“Tidak mustahil usul tidak percaya di atas kepimpinan Datuk Seri Zambry akan di bawa di dalam Sidang DUN Perak nanti dan kita meminta agar semua ADUN Pakatan Harapan (PH) khasnya bersedia jika perkara tersebut berlaku pada 12 April 2016 ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment