Pages

Tuesday, 22 March 2016

Mana maruah PAS? "Bercakap berbelit-belit, sombong, ego dan tidak terima teguran utk kebaikan" - PAS CAWANGAN Bendang Pauh.

Selasa, 22 Mac 2016

Hudud & Pas - Adakah segalanya sudah terjawab kini..?

PAS CAWANGAN BENDANG PAUH
Hari ini terjawab segalanya. Tipu helah, kelentong atau apa saja pasal hudud yg diperjuangkan oleh PAS rupa rupanya palsu blako. "Kita sanggup berpisah dengan sesiapa saja yang menentang hudud. Ini hukum Allah, siapa yang menentang atau tak sokong hudud rosak akidahnya". 

DAP menghalang hudud maka PAS tak boleh berkawan atau bertahaluf lagi dengan DAP. Kita cerai tolak tiga DAP. Puak puak yg bersekongkol dengan DAP juga merupakan musuh PAS. Pembersihan dalam PAS dengan keluarnya puak puak yang tak bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hudud. Antara ucapan sombong TGHH bila nak bawa hudud ke parlimen dulu.

Hari ini TGHH dengan nada bangga ( muka tak malu) mengumumkan bahawa hudud dikemudiankan, cuma memperkasakan mahkamah syariah. Dulu heboh juak2 ulama bahawa ini peluang yg diberi oleh Pusat/Umno utk bentangkan hudud diparlimen. Bila ada peluang kita cepat2 rebut kalau tidak orang kata kita tidak serius dlm menjayakan hukum hudud.

Hudud hukum Allah mesti dibuat segera. Segala nasihat atau cadangan agar PR dapat kuasa di puterajaya dulu sebelum hudud dibentangkan dianggap tidak islamik dan menjadi kafir. 

Bersungguh sungguh dan hilang pertimbangan yg waras. Membujur lalu melintang patah sesiapa menghalang bermakna tidak wala'  kepada persiden dan elok keluar dari PAS. Begitulah aksi TGHH utk laksanakan hudud  kononnya tetapi semua itu adalah lawak jenaka yg paling lucu diabad ini.

MB Kelantan sanggup letak jawatan kalau hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. Lebih hebat lagi TMB Kelantan beri masa sehingga okt 2015 jika Umno tidak sokong hudud di Parlimen akan berperang semula dgn Umno setelah berdamai dgn janji utk sokong hudud.

Hari ini tanggal 16/3/2016 TGHH sendiri mengaku bahawa yg heboh hudud itu sebebarnya bohong blako. Kita tangguh dulu hudud cuma kita perkasakan mahkamah syariah. Akta 355 adalah tanggungjawab pusat utk membentang dan meluluskan diparlimen.

Mana maruah PAS?. PAS adalah parti islam yang dipimpin oleh ulama pewaris nabi tetapi bercakap berbelit belit, sombong, ego dan tidak terima teguran utk kebaikan. Buat kepetusan membelakangi mesyuarat ajk pusat dan bercakap bohong. Akta 355 diwar warkan sebagai hudud. Seluruh jentera PAS diarah hebohkan hukum hudud sudah siap dan dibawa ke parlimen. 

Bila ahli cuba bertanya dan beri komen dianggap tidak wala dan pengkhianat. Ini sikap TGHH yg tidak disenangi ahli yg reti dan faham politik tanahair. 

Tetapi semua teguran dianggap menghalang  atau tidak suka hudud. Yang menjadi mangsa ialah orang kampung yang tidak bermaklumat terus telan apa saja berita dari pemimpin cawangan dan kawasan PAS.

Inikah wadah yg ditinggal oleh TGNA kpd TGHH utk diwarisi. Ludah kita dulu dijilat pula dgn senyum dan bangga kononnya telah berjaya menghancurkan sebuah gerakan yg ditatang dgn keringat dan air mata oleh ahli ahli bawahan. Inilah sebuah drama yg hina dan jijik utk diingati.
KedahLanie.

No comments:

Post a Comment