Pages

Saturday, 5 March 2016

Mukhriz Mahathir - Tunggulah PRU14...BN/UMNO akan kalah & ditolak secara total.

Ahad, 5 Mac 2016

“Tunggulah PRU14, BN akan kalah” – Mukhriz Mahathir

 | March 6, 2016
Mengikut logik, pembangkang akan menang PRU14 kerana rakyat menolak kepimpinan Najib Razak sekaligus menolak BN/UMNO.
mukriz
PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) akan menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penolakan rakyat kepada kepimpinan Najib secara langsung menyebabkan BN/UMNO ditolak secara total.
Katanya, hanya satu jalan bagi menyelamatkan BN iaitu pengunduran Najib dan diganti dengan pemimpin BN lain, seperti yang dituntut menerusi Deklarasi Rakyat.
“Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU-14, BN akan menerima padahnya. Amarah rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. “Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat”. Itu yang kedengaran rata-rata di kalangan rakyat sekarang,” katanya menerusi kenyataan.
Mukhriz berkata, kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa rakyat perlu menunggu PRU-14 untuk menukar Perdana Menteri amat membahayakan kepada kepentingan BN.
“Adakah maksudnya Perdana Menteri baru itu akan datang dalam kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai Perdana Menteri sebelum PRU-14,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, jika mengikut logik, pihak pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib yang turut menyebabkan BN ditolak.
“Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.
“Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU,” katanya.
Mukhriz turut menolak tuduhan tindakan bapanya, Dr Mahathir, bekerjasama dengan pembangkang bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.
“Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur?
“BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang,” tegasnya.
FMT.

No comments:

Post a Comment