Apa!...PENASIHAT NAJIB ( Perdana Menteri Malaysia)...
Begini orang nya ?
Jahanam laaaaaaa Alam Semesta Se Malaysia...
Tak goyah.. ??? Tapi kenapa mcm xder telor aritu bila wartawan Australia nak tanya soalan derma RM2.6 bilion, malah wartawan tersebut terus ditangkap & ditahannya..
Kalau tak goyah, kenapa dah nak dekat setahun ni saman WSJ Hari Selasa tak saman2 lagi hingga ke harini !!!
Kalau tak goyah, kenapa dah nak dekat setahun ni saman WSJ Hari Selasa tak saman2 lagi hingga ke harini !!!
Orang MELAYU sudah mula dipersalahkan..?
Gambar Hiasan Semata-mata |
Seingat aku belum pernah lagi aku merasa ‘terhina’ sebegini sebagai orang Melayu yang tinggal di sebuah negara yang bernama Malaysia. Ke mana saja kita pergi pasti orang akan bertanyakan mengenai IMDB. Samada di dalam negara atau di luar negara. Negara Malaysia seolah-olah sudah menjadi negara yang betul-betul terhina di mata dunia.
Aku tidak menyangka langsung begini jadinya. Aku tidak menduga negara boleh ‘terjerumus’ ke lembah kehinaan sebegini. Aku amat terkejut seorang rakan dari Whidby Island, Seattle USA dapat menghuraikan dengan lanjut mengenai isu IMDB. Rakan ku itu dalam pelayaran mengelilingi dunia dan singgah sebentar di Singapura. Dan di Singapuralah kami berjumpa dan dengan panjang lebar beliau melahirkan kekesalannya tentang apa yang telah berlaku kepada negara Malaysia dan nasib yang menimpa rakyatnya. Jikalau penduduk Whidby Island ( kawasan Ulu Amerika) pun dapat mengetahui dengan sejelas-jelasnya apa yang berlaku di negara Malaysia, maka aku tidak hairanlah seluruh dunia sedang memperkatakan tentang negara kita. Tentunya mengenai keburukan dan nasib malang yang menimpa rakyat negara ini.
Orang Melayu sudah mula dipersalahkan mengapa keadaan jadi begini. Bukan orang Cina yang mengatakan yang orang Melayu patut dipersalahkan. Tidak juga orang India. Dan tidak pula bangsa lain-lain. Tetapi yang menyalahkan orang Melayu yang menyebabkan keadaan negara jadi begini kini adalah orang Melayu sendiri. Bukan saja orang Melayu yang mendapat didikan tinggi, lulusan luar negara tetapi orang Melayu yang mendapat rezeki dari kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mereka sendiri merasakan yang orang Melayu yang patut dipersalahkan.
Orang Melayu bandar dan desa sudah ‘mangli’ dengan kisah IMDB dan kini telah mula mepersoalkan pula tentang apa yang telah terjadi kepada Tabung Haji, FELDA, MARA dan badan-badan kerajaan lain yang kononnya berjuang untuk memajukan orang Melayu. Meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Supaya orang Melayu itu…ini…begitu…begini…Pendek kata setiap kata-kata yang manis-manis terhambur dari mulut yang empunya cerita.
Orang Melayu sudah mula dipersalahkan. Yang menjadi Perdana Menteri orang Melayu (keturunan Bugis katanya). Yang menjadi Timbalan Perdana Menteri orang Melayu ( keturunan Jawa katanya). Yang menjadi Menteri dan juga Setiausaha Agung UMNO orang Melayu (keturunan pembesar Aceh katanya), Kebanyakan menteri-menteri kabinet terdiri dari orang Melayu dan ada seorang dua sahaja yang bukan Melayu. Kebanyakan wakil rakyat orang Melayu. Peguam Negara orang Melayu. Ketua Polis Negara orang Melayu. Ketua Setiausaha Negara (namanya nama Melayu). Pegawai Tinggi kementerian kebanyakannya Melayu. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan hampir 90% Melayu. Pengetua/ Guru Besar, ‘Guru Kecil’ kebanyakannya Melayu. Pendek kata negara ini dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu kecuali bidang ekonomi saja yang masih belum dikuasai oleh orang Melayu.
Persoalannya ialah apakah Melayu-Melayu ( termasuk aku ) ini tidak nampak dan kelihatan dengan apa yang berlaku dalam negara kini. Membaca dan mendengar apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV arus perdana di Malaysia sememangnya kita merasa lega dengan negara ini seolah-olah kita berada dalam syurga, tetapi apabila membaca laporan dari luar negara, dari akhbar-akhbar dan majalah luar negara, mahu kita menangis sekuat-kuatnya mengenangkan nasib negara dan bangsa Malaysia yang ‘terhina’ ini. Dan apabila kita merasakan sendiri himpitan hidup seharian di negara ini.
Aku teryakin dengan sumber berita luar negara kerana apa yang dilaporkan oleh mereka tidak diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Sekiranya apa yang dilaporkan oleh mereka bukannya berita sahih, maka pihak kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang. Dan sehingga kini belum ada lagi tindakan sedemikian. Dengan demikian apa yang dilaporkan itu adalah sahih dan tepat.
Dan sekiranya apa yang dilaporkan oleh Wall Street Journal atau The Economist atau The New York Times itu merupakan berita yang sahih maka mengapa tidak ada ‘suara’ langsung dari para Menteri Kabinet kita yang seolah-olah apa yang dilakukan oleh kerajaan kini betul belaka. Mengapa para wakil rakyat (BN) tidak langsung ‘berketik’ menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan kerajaan kini. Dan mengapa para pegawai kerajaan kita tidak langsung ‘bersuara’ menyatakan sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku dalam pentadbiran negara kini.
Dilaporkan bahawa kedudukan DS Najib sudah semakin kukuh kini disebabkan sokongan dari kalangan ahli UMNO. Apakah tidak ada dan tidak terdapat langsung para ahli UMNO (hanya segelintir yang menentang ) yang agak ‘celik’ untuk menyatakan sesuatu yang tidak kena mengenai pentadbiran negara kini. Atau apakah kesemua ahli UMNO yang terdiri dari orang Melayu di negara ini begitu yakin dan percaya dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara kini sehingga tidak terdapat langsung cacat celanya.Dan yang paling menyedihkan ialah apakah golongan ini tidak memikirkan langsung tentang nasib anak cucu mereka yang akan mewarisi negara ini kelak.
Mungkinkah mulut mereka telah tersumbat dengan kertas?
abuhassanadam
16 Mac 2016
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment