Pages

Thursday, 10 March 2016

[Video] PAKATAN minta mahkamah semak semula hukuman pesalah curi sepaket Milo dihukum penjara.

Jumaat, 11 Mac 2016


PAKATAN akan minta mahkamah semak semula hukuman pesalah
  • Diterbitkan pada 10 March 2016 19:15
  •  
  • 1008 tontonan
Read Less
Pakatan akan menghantar surat kepada mahkamah tinggi meminta hakim menyemak balik hukuman ke atas seorang ibu muda yang mencuri sepaket Milo dihukum penjara dan denda RM200.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, berkata hukuman itu menimbulkan satu persepsi yang negatif kepada sistem pentadiran mahkamah boleh menghilangkan keyakinan rakyat.


March 02, 2016 18:22 PM
Curi Milo: Ibu Dipenjara Sehari, Denda RM200
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur dua tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di sini.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S. Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara lima hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya Puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur dua tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di sini, pukul 11.19 malam, 29 Feb lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment