Pages

Sunday, 6 March 2016

Pemuda Amanah gesa SPRM siasat SUMBER Khairy 'Taja Umrah Meragukan RM1.4 juta' & Debat Orang Muda, Mana ikon belia?

Ahad, 6 Mac 2016
Hari ini, Debat Orang Muda!
Page Liked · 4 mins 

Mana ikon belia?

Page Liked · 5 hrs 

SHAH ALAM - Kritikan dan kutukan netizen di media sosial bermusim dan tidak perlu diambil peduli kerana bukan semua orang mengenali diri saya yang sebenarnya, demikian ujar ikon belia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Sejak bila jadi ikon belia? Apa sumbangan?
Ikon belia pada idaman Bangla ada arr....puiii



umrah zahrin
Taja Umrah: Islam Jadi Alat Politik KJ Kata Aktivis Umno
Kuala Lumpur – Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan tindakan Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin membelanjakan tidak kurang daripada RM3 juta untuk menaja rombongan ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian pergi mengerjakan umrah.

Zaharin ketika dihubungi SuaraTV meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan terhadap sumber kewangan yang digunakan.

“Pagi ini hendak bertanya dgn KJ@Khairy Jamalludin, khabarnya 200 orang di taja ke Mekah buat umrah, jika sekali kira kasar tak kurang RM3juta dibelanjakan. Orang ramai tanya Putera Raja Arab mana pula bermurah hati menderma?

“Jika tidak SPRM kenalah buat siasatan mana datang punca kewangannya dan UMNO kena buat inkuari kepada Ketua Pemuda UMNO,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Zaharin turut menyifatkan tindakan Kahiry itu sebagai menyalahi kod etika Umno kerana mengunakan politik wang.
SuaraTV.

Pemuda Amanah gesa SPRM siasat sumber Khairy taja umrah RM1.4 juta


Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, anggaran kos RM1.4 juta bagi tajaan itu meragukan apabila dibandingkan dengan jawatan Khairy sebagai menteri belia dan sukan.
"Jika dikira gaji seorang menteri, sudah pasti tidak cukup untuk menampung penajaan sebegitu banyak. 
"Adakah jumlah tersebut juga sama sepertimana skandal derma yang menyelubungi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak?
"Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada ia didermakan dengan sebarang balasan. Adakah wang tersebut datang dari mana-mana korporat? 
"Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada korporat tersebut mempunyai apa-apa kepentingan dengan jawatan menteri beliau," kata Fadzil dalam satu kenyataan.
Fadzil seterusnya mencadangkan agar jumlah yang sebegitu besar sepatutnya digunakan bagi membantu mahasiswa di universiti.
"Pemimpin Umno dan kerajaan hari ini tidak lagi mementingkan integriti dan ketelusan. Masalah keperitan hidup rakyat tidak lagi dipedulikan.
"Jumlah tersebut cukup untuk membantu mahasiswa membayar yuran pengajian di universiti dan kolej tempatan," katanya.
Berita mengenai perjalanan umrah itu, dikatakan bermula 1 Mac lalu, pertama kali dilapor portal Suara TV yang memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan Khairy menaja perjalanan semua ketua bahagian dan exconya.
Portal sama juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Najib ke Timur Tengah.
Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno juga dilaporkan turut membuat gesaan sama kepada SPRM supaya menyiasat sumber dana yang digunakan Khairy menaja 191 ketua Pemuda Umno bahagian itu mengerjakan umrah.
Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail dipetik Malaysiakini berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan tetapi merancang membuat laporan mengenainya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok. – 6 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/pemuda-amanah-gesa-sprm-siasat-sumber-khairy-taja-umrah-rm1.4-juta#sthash.IesWAa0C.dpuf

No comments:

Post a Comment