Pages

Thursday, 10 March 2016

Pengarah Strategi Amanah - Lupakan kisah silam..."Bantu rakyat tertindas mangsa kebobrokan, kepincangan dan keculasan pemimpin BN"

Khamis, 10 Mac 2016
Lupakan kisah silam, bersatu selamatkan negara, kata pengarah strategi Amanah 
Pengarah strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rakyat merupakan mangsa akibat kebobrokan, kepincangan dan keculasan pemimpin negara mutakhir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Pengarah strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rakyat merupakan mangsa akibat kebobrokan, kepincangan dan keculasan pemimpin negara mutakhir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016. 

Dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider, beliau berkata, berdasarkan kepada masalah negara, sekarang bukan masa semua pihak mengungkap kisah silam, tetapi masa untuk rakyat bertindak tanpa mengira kelompok politik.
"Yang perlu didepani dan ditangani segera adalah penguasa zalim sekarang ini, yang sedang merosakkan kedaulatan undang-undang serta segala tata-kelola pemerintahan dan ekonomi-kewangan,  akibat kerakusan dan pembolotan dan tabiat pembaziran mereka," katanya.
Dzulkefly berkata, rakyat merupakan mangsa yang paling teruk menanggung segala kesengsaraan dan kehimpitan hidup akibat kebobrokan, kepincangan dan keculasan pemimpin negara mutakhir ini.
"Justeru, jangan ada seorang pemimpin pun di kalangan penganjur gagasan Selamatkan Malaysia ini mengambil posisi 'grandstanding' (juara) lantas mungkin sahaja boleh menjejaskan wibawa dan keutuhan gagasan rakyat ini kerana sikap yang melampau dan tidak toleransi pihak lain.
"Anda semua sememang hero rakyat. Masa untuk melunaskan tanggungjawab," katanya yang memuji tindakan penubuhan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sokongan dari Pakatan Harapan dan lain-lain badan. – 10 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/lupakan-kisah-silam-bersatu-selamatkan-negara-kata-pengarah-strategi-amanah#sthash.rRtda0w5.dpuf

No comments:

Post a Comment