DJ tetap pertahan diminta beri laluan pada anak Najib
DJ Aly dan Fila dari Mesir mempertahankan kenyataan mereka diminta berhenti memainkan set lagu masing-masing di kelab malam Zouk Singapura bagi memberi laluan supaya set anak Datuk Seri Najib Razak diputarkan.
Fila atau nama sebenarnya Fadi Wassef Naguib hari ini menulis versi beliau di Facebook berkaitan persembahan Sabtu lalu yang ditetapkan antara 1.30 hingga 3.30 pagi.
Katanya, ketika tiba pada jam 1 pagi dan beliau dimaklumkan boleh terus memainkan set lagunya walaupun masa kontraknya tamat pada jam 3.30 pagi.
Pada masa yang sama, beliau berkata dimaklumkan terdapat tetapi orang kenamaan (Norashman) akan hadir pada malam itu.
Bagaimanapun, pada jam 3,30 pagi, beliau mendakwa ditanya sama ada bersedia memainkan set lagu bersama-sama tetamu kenamaan (VIP).
“Jawapan saya mudah, tidak mungkin.
“Saya terus mainkan, kemudian 15 minit selepas itu 'Byden' beritahu saya kena berhenti kerana pemilik baru mahu tetamu VIP mainkan (set lagu),” katanya.
Fila menegaskan tiada sebarang salah faham, malah Zouk tidak meminta maaf atas kejadian itu.
Selepas kekecohan di media sosial, Zouk Singapura semalam menafikan mengganggu separuh jalan persembahan kedua-dua DJ itu.
Pembantu Rosmah Mansor menjelaskan Norashman tidak meminta membuat persembahan di Zouk tetapi hadir atas jemputan pengurusan kelab malam itu.
“Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa (untuk dia membuat persembahan)," jelas Rizal dalam catatan di Facebook malam tadi.
Insiden Sabtu lepas itu tersebar di media sosial, dan sebuah video yang berkaitan dengannya disiarkan di Facebook dan YouTube.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Zouk menafikan bahawa DJ itu diganggu di tengah-tengah persembahan, walaupun kenyataan itu tidak membuat sebarang rujukan kas kepada Norashman.
Dalam video itu, Fila yang berang memberitahu hadirin: "[...] Nampaknya Zouk mahu mainkan set orang lain."
Perkara itu menyebabkan hadirin membantah dengan ejekan.
"Bukan sahaja itu - tetapi nampaknya dia anak seorang perdana menteri. Terima kasih banyak-banyak, nikmati trek (lagu) terakhir saya.
"Kita akan berjumpa di tempat lain pada masa akan datang. Tetapi, tidak di Zouk lagi! Kerana saya tidak akan main di Zouk lagi. Mereka hina saya, tetapi saya sayang anda semua," katanya.
Malaysiakini.
BAPAK masuk tempat suci ada gambar rasmi...
ANAK masuk tempat suci syyytan, hanya ada gambar paparazzi..
#NoRespectNajib'sSon
ANAK masuk tempat suci syyytan, hanya ada gambar paparazzi..
#NoRespectNajib'sSon
Nampaknya semenjak Ahmad Maslan dilantik sbg Jeneral Perang Cyber IT Umno oleh Najib, serangan balas UMNO/BN pertahankan Najib tampak hebat..
Adakah ingin kekalkan Najib jadi PM & BN kekal memerintah negara..???
Jika anda prihatin, #sebarkan #viral #RejectMyPM.
Kalau bukan anda, siapa lagi...
Adakah ingin kekalkan Najib jadi PM & BN kekal memerintah negara..???
Jika anda prihatin, #sebarkan #viral #RejectMyPM.
Kalau bukan anda, siapa lagi...
Kelab S'pura Hentikan Set Lagu Deejay Demi Anak Najib?
Kelab popular Zouk Singapura didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly & Fila supaya set lagu anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Norashman - dapat dimainkan.
Kejadian dikatakan berlaku Sabtu lalu dan sedang disebarkan di media sosial dengan video berkenaan disiarkan diFacebook dan You Tube.
Ia juga dilaporkan dalam portal hiburanCoconuts Singapura dan SAYS.com.
Dalam video itu, Fila (Fadi Wassef Naguib) yang berang memberitahu hadirin: "[...] Nampaknya Zouk mahu mainkan set orang lain."
Ini menyebabkan hadirin membantah dengan ejekan.
"Bukan sahaja itu - tetapi nampaknya dia anak seorang perdana menteri. Terima kasih banyak-banyak, nikmati trek (lagu) terakhir saya.
"Kita akan berjumpa di tempat lain pada masa akan datang. Tetapi, tidak di Zouk lagi! Kerana saya tidak akan main di Zouk lagi. Mereka telah hina saya, tetapi saya sayang anda semua," katanya.
Zouk masih belum mengesahkan sama ada dakwaan bahawa set lagu deejay antarabangsa itu dihentikan supaya anak Najib dapat bermain berkenaan adalah benar.
Walau bagaimanapun, dalam satu catatan di laman Facebook, Zouk Singapore berkata, kejadian itu adalah hanyalah salah faham.
"Kami menghormati semua artis dan memastikan bahawa semua artis dapat melengkapkan set lagu mereka tanpa gangguan.
"Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Zouk menghargai dan menghormati persembahan semua artis antarabangsa kami," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Zouk Singapura dan sedang menunggu jawapan mereka.
Cubaan juga dibuat untuk mendapatkan reaksi daripada jurucakap Norashman, Aly dan Fila serta kenyataan rasmi, pembantu Datin Seri Rosmah Mansor - Datuk Rizal Mansor mengenai kejadian itu.
Pada Oktober 2015, akhbar Straits Times Singapura melaporkan bahawa Zouk Singapura dijual pada harga yang tidak didedahkan kepada Genting Hong Kong (GHK) yang mengendalikan pelayaran kapal Star Cruises.
Dipetik dari Malaysiakini
Pembantu Rosmah Nafi Anak Najib Paksa Zouk Henti Persembahan?
PETALING JAYA : Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa anak Perdana Menteri, Norashman Najib memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.
Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk.
“Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.
Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk.
“Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.
BLM.
No comments:
Post a Comment