Pages

Thursday, 17 March 2016

SELAMATKAN MALAYSIA, 12.30 - 6.30pm, 27 Mac di SACC...Jamal Yunos (Umno) dan Armand Azha (Umno) harus ditahan.

Jumaat, 18 Mac 2016
SELAMATKAN MALAYSIA


Jamal Yunos dan Armand Azha harus ditahan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan samseng sekumpulan pemuda yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda UMNO, Armand Azha.
Semalam, sekumpulan orang yang diketuai oleh dua orang pemimpin UMNO tersebut telah melakukan vandalisme dengan melekat sekeping kain rentang di atas papan tanda milik kerajaan tempatan.
Mereka juga telah mengasari saudara Rozan Azen Mat Rasip, pegawai kepada Ahli Parlimen Batu, yang cuba menghalang perbuatan jenayah mereka.
Sejurus selepas mereka lakukan vandalisme, Armand Azha telah mengulangi ancaman yang dibuat oleh Jamal Yunos, iaitu mereka akan membakar papan-papan tanda ini sekiranya gambar Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diturunkan dalam tempoh 7 hari.
Kedua-dua pemimpin UMNO ini jelas telah menyalahi undang-undang dengan melakukan kesalahan “menakutkan secara jenayah” (criminal intimidation).
AMK memandang serius perkembangan kes ini. Kami tidak berasa hairan dengan perangai samseng pemimpin UMNO. Kami faham perbuatan ini hanya semata-mata sandiwara untuk mengaburi mata rakyat jelata tentang skandal yang dikaitkan dengan Presiden UMNO.
Namun, kami lebih bimbang tentang integriti dan reputasi institusi penguatkuasa Negara kita, khasnya Polis DiRaja Malaysia.
Dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, tiada sesiapa yang harus diberi kekebalan. Jamal Yunos dan Armand Azha telah melakukan beberapa kesalahan jenayah yang jelas.
Pihak polis harus menahan mereka dengan serta-merta. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan akan menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap institusi penguatkuasa ini.
Angkatan Muda Keadilan akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan memastikan orang yang bersalah dihadap ke muka pengadilan.

CHANG LIH KANG Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment