Anda nilai dan beza kan sendiri...!!!
Dari awal isu 1MDB dibangkitkan diParlimen oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 2011 .. rakyat tak ambil peduli kerana 1MDB amat kebal ianya adalah pelaburan milik negara .. Najib Razak masih mendapat sokongan Tun M, TSMY , semuanya menyakinkan sehingga suara Anwar dipandang sepi... Jika diteliti, versi asal amat berbeza dgn versi sedia ada...DERMA or DONATION hanya muncul pada tahun 2015.... jadi timbul persoalan .. ni idea sapa..??
1malaysia telungkup sebab 1 org yg memerintah bersama cabinet buruk dia.. lagi lama lagi jahanam negara
Masihkah anda ingat lakonan mantap mereka2 ini ??
Ada yang hiba, ada yang menangis.
Ada yang hiba, ada yang menangis.
APA SALAH ANWAR?
September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari
jawatan dan kini merengkok dalam penjara. Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka
semata-mata.
Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk
pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri. Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang
rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah
Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu. Ketika beliau memangku
jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara,
Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. Inilah kesalahan
besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan
Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah
1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya
ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri
itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah
itu.
Menteri-Menteri Rasuah Cemas
Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang
membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak
ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan. Jika hendak
didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang
jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula
Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50
Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.
Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil, Ummi Hafilda, Azizan
Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang
dan kontrak bertukar tangan.
Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak
Dibicarakan
Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih
tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.

No comments:
Post a Comment