Pages

Thursday, 10 March 2016

[Video] Demo anti-DLP besar-besaran 9 April di Dataran Merdeka! "Nak BERDEMO jugak eh!"...Lawan penzaliman bahasa & kebudayaan melayu.

Khamis, 10 Mac 2016

Kumpulan Mansuh DLP berpendapat program itu meminggirkan bahasa Melayu dan memecah-belahkan masyarakat Malaysia dengan mewujudkan generasi yang terdidik dalam bahasa Inggeris. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 Februari, 2016. 





Demo anti-DLP besar-besaran 9 April

Gerakan Mansuhkan Program Dwibahasa (DLP) mengumumkan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9 April depan selepas usaha berunding dengan kerajaan bagi membatalkan program itu tidak berhasil.
Pengerusinya, Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad berkata himpunan itu dirancang diadakan Dataran Merdeka dan dijadual bermula pada jam 2.30 petang, dengan mensasarkan penglibatan kira-kira 20,000 peserta.
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Shaharir berkata, himpunan tersebut akan turut dimulai dengan demontrasi di peringkat negeri pada 25 dan 26 Mac ini.
Katanya, bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, himpunan itu akan diadakan pada 25 Mac, manakala negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad pula diadakan pada 26 Mac.
"(Untuk di Kuala Lumpur) Kita akan mohon kepada pihak pentadbir untuk mengadakan himpunan ini bermula di Sogo berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 petang.
"Manakala di negeri-negeri kita serahkan kepada wakil-wakil kita untuk memulakan tunjuk perasaan ini di ibu negeri masing-masing atau di bandar-bandar besar dan kita serahkan kepada mereka untuk memulakan bantahan itu di mana dan berarak ke mana" katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Pusat, di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu beliau turut ditanya mengenai pertembungan pihaknya dengan Gerakan Merah yang diketuai oleh Ali Tinju atau Mohd Ali Baharom yang akan berdemonstrasi pada 26 Mac ini di Dataran Merdeka bagi menunjukkan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri.
"Kita tidak berhasrat untuk bertembung dengan sesiapa malah kita mengharapkan apa-apa demonstrasi pada hari itu akan bersama dengan kita," tegasnya.
DLP adalah projek perintis dicadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia dan dianggap jelmaan semula program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dilaksanakan mengikut Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) ia dilakukan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di bawah kelolaan kementerian.
Sebanyak 300 sekolah terlibat dalam projek berkenaan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment