Pages

Saturday, 19 March 2016

[Video] Majlis Raja-Raja Minta Undang-Undang MKN Dikaji Kata Amanah

Ahad, 20 Mac 2016






AMANAH menyerahkan memorandum bantahan Akta MKN ke Istana Negara hari ini. Presiden AMANAH Tn. Hj. Mohamad Sabu turut menyampaikan ucapan menyatakan pendirian AMANAH terhadap Akta MKN.

Majlis Raja-Raja Minta Undang-Undang MKN Dikaji Kata Amanah
Posted on 
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah agar menolak Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu diambil Amanah sebagai tanggungjawab kepada negara.

“Memorandum ini berkisar kepada mohon perkenan Agong, Majlis Raja-Raja untuk menolak MKN 2015.

“Memorandum ini satu penegasan demi masa depan negara. Ini bukan masalah Majlis Raja-Raja, parti politik tapi ini masalah keselamatan negara,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu di Istana Negara, hari ini.

Memorandum berkenaan diterima Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop.

“Apabila kuasa darurat itu ada sepenuhnya di tangan perdana menteri, kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya beliau rasa tergugat? Terutama dalam isu-isu pilihanraya di mana mereka kalah atau menang tipis, maka hanya dengan dua, tiga kawasan Parlimen itu, mereka boleh isytihar darurat…Parlimen boleh digantung, Dewan Rakyat tidak boleh bersidang dan sebagainya.

“Sebab itu, Amanah melihat ini melibatkan kepentingan negara dan mengambil tanggungjawab menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Dalam Memorandum itu, Amanah menyebut bahawa undang-undang tersebut melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana terdapat beberapa peruntukan dalam MKN 2015 itu mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong.

Selain ia turut menafikan hak kebebasan dan asasi rakyat negara ini yang seharusnya berpayung dengan aman serta selamat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.

Amanah memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan ‘Royal Assent’ kepada Undang-Undang MKN 2015 sekiranya dipersembahkan oleh perdana menteri.

“Ia sebagai penegasan kepada pemeliharaan keluhuran Perlembagaan dan kesucian institusi diraja,” katanya.

Pihaknya menyarankan suatu persidangan Majlis Raja-Raja diadakan untuk mengambil ketetapan agar undang-undang itu ditarik balik oleh kerajaan.

Rang undang-undang MKN itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.

Menurut kerajaan, ia bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment