Pages

Tuesday, 8 March 2016

[Video] Zahid - Desak Najib undur gugat BN... Jom, sudah sampai masanya!

Selasa, 8 Mac 2016




Tapi macai2 lain kata tak tergugat ... baling gelas pun tak pecah.
Semua macai dah kena penyakit gila.
Image result for Gambar Anti-najib
DESAKAN NAJIB UNDUR GUGAT BN, KATA ZAHID
Serangan hebat terhadap Datuk Seri Najib Razak yang menyeru peletakan jawatan beliau bukan sahaja mengancam perdana menteri tetapi BN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar Malaysiakini
Serangan hebat terhadap Datuk Seri Najib Razak yang menyeru peletakan jawatan beliau bukan sahaja menggugat kedudukan perdana menteri tetapi seluruh Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Semua parti komponen dalam BN dan kumpulan yang sealiran dengan parti pemerintah perlu berhati-hati dengan perkara itu, katanya pada satu majlis di Ipoh hari ini.
Beliau mengulas majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang berkempen untuk penyingkiran Najib, diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai sebilangan orang kuat Umno, ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil.
“Saya fikir pihak pembangkang berasa teruja bersama-sama menentang kepimpinan, yang pada hemat kami, bukan menentang individu, tetapi sebuah institusi yang menjadi puncak kepimpinan Umno-BN yang membentuk kerajaan.
“Dan jika institusi ini digugat, ia menggugat institusi kepimpinan semua peringkat di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Perak.
Naib presiden Umno itu, yang mengambil tanggungjawab tambahan sebagai timbalan presiden selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatan itu bulan lepas berkata, parti BN dan kumpulan yang mesra dengan parti itu perlu terus bersatu dengan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada 2018.
Zahid berkata, BN juga tergugat dengan gesaan peletakan jawatan Najib kerana “pemimpin mewakili institusi kepimpinan”.
“Dalam hal ini, semua pihak sama ada mereka yang berada dalam kepimpinan sedia ada ataupun yang pernah jadi tokoh kepimpinan, mereka memahami prinsip ini.
“Dan jika ketika seseorang itu mentadbir sebuah negeri atau negara, hakikatnya prinsip yang sama sebenarnya dilaksanakan.
“Mengapa harus kita menyanggah prinsip-prinsip sedia ada?” soalnya ketika diminta mengulas kenyataan terbaru bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir malam tadi.
Mukhriz berkata, Deklarasi Rakyat ditandatangani Jumaat lalu bukan berniat menjatuhkan kerajaan BN, sebaliknya ia bertujuan melantik perdana menteri baharu daripada parti pemerintah itu juga.
Mukhriz berkata matlamat yang dipelopori bapanya, Dr Mahathir ialah hanya supaya Najib berundur sebagai perdana menteri.
“Tiada langsung niat menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah ketika ini,” katanya.
Zahid hari ini berkata, perpaduan adalah penting dan sebarang perbezaan pendapat perlu disuarakan melalui saluran dalaman.
“Kita tak mahu buka pintu air yang besar, buruk kesannya kepada acuan politik negara kita.
“Acuan politik kita berbeza dengan negara lain dan kita mesti hormat acuan yang ada dan sesuaikan dengan ekosistem politik negara,” katanya.
Dr Mahathir bulan lalu keluar daripada Umno sebagai protes terhadap Najib dan mengilhamkan pembentukan “kumpulan teras” yang terdiri daripada mereka yang ingin menyingkirkan Najib.
Beliau berkata, ramai rakyat mempunyai keinginan sama untuk melihat Najib digulingkan tetapi bercakap dalam suara yang berbeza.
Ia disusuli dengan satu sidang akhbar dan majlis menandatangani Deklarasi Rakyat itu. – TMI
MRM.
Page Liked · 21 hrs 
Jom, sudah sampai masa nya..!!!

No comments:

Post a Comment