Pages

Monday, 25 April 2016

'Assalamualaikum, 1MDB dah bayar faedah AS$50j?

Isnin, 25 April 2016

'Assalamualaikum, 1MDB dah bayar faedah AS$50j?

Adakah 1MDB sudah menyelesaikan bayaran faedah AS$50 setelah penangguhan sebelum ini?
Soalan itu dibangkitkan oleh anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah genap lima hari penangguhan hari ini.
Dalam kenyataannya dalam loghat Kedah dan bernada menyindir, Mahfuz memulakan salam dan ucapan selamat petang kepada Najib, sambil bertanya sama ada bayaran itu mampu dibuat.
“Macam mana Datuk Seri boleh bayarkah? Ada duitkah nak bayar? Ambil duit mana nak bayar?
“Pinjam duitkah nak bayar faedah hutang? Pinjam pada siapa pula? Kalau pinjam siapa pula penjamin?” soalnya.
Beliau berseloroh bahawa beliau berasa seriau turut disita jika bayaran itu gagal dibuat.
Mahfuz sebelum ini menggesa Najib sebagai “penerima derma” RM2.6 bilion daripada Arab Saudi menyelesaikan hutang itu bagi pihak 1MDB.
Berdepan dengan risiko kemungkiran bon, 1MDB pada 19 April lalu cuba menyelesaikan isu bayaran faedah AS$50 juta dengan penangguhan tempoh lima hari, menurut laporan Bloomberg.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menjangkakan bayaran faedah akan dibuat melalui "penyelesaian baik" berhubung perkara itu.
International Petroleum Investment Company (Ipic) yang berpangkalan di Abu Dhabi sebelum itu berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterainya dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.
Dalam pengumumannya kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti dijanjikan.
Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang bagi terbitan bon AS$3.5 bilion.
MOF pula dilapor menjarakkan diri daripada pertikaian 1MDB-Ipic berkaitan faedah AS$50 juta yang dikenakan ke atas bon yang dikeluarkan oleh dana pelaburan negara itu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata ia pertikaian perniagaan antara dua syarikat berkenaan dan tidak akan melibatkan kerajaan.
Malaysiakini.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    ReplyDelete